web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zhemin Diingatkan Jangan Jadi Batu Api Campur Urusan UMNO, BN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 6:24PM

Mohd Hafee berkata sebarang cubaan pemimpin DAP untuk mencampuri urusan dalaman UMNO-BN boleh mengundang kesan rantaian negatif yang tidak diingini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menerusi Kerajaan Perpaduan, parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu sama sekali tidak berada di bawah telunjuk DAP. 

Justeru, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Mohd Hafee Che Mat mengingatkan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin supaya tidak menjadi ‘batu api’ dan mencampuri urusan membabitkan parti berkenaan. 

Mohd Hafee Che Mat -  Gambar dari Facebook
Mohd Hafee Che Mat - Gambar dari Facebook

Menurutnya, kerjasama BN dan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan hanya kerana akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di samping mahu merendahkan ‘suhu panas’ politik Malaysia agar kerajaan stabil dapat dibentuk. 

“Namun, perlu ditegaskan ini bukan bermakna UMNO-BN berada di bawah telunjuk DAP. Jangan sesekali lupa akan hal ini. 

“Sebagai seorang pemimpin DAP, Chong Zhemin tidak usahlah menjadi batu api dan mencari publisiti murahan di dalam perkembangan mutakhir parti UMNO-BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Zhemin yang menggesa BN menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap semua Ahli Parlimen BN yang menandatangani akuan bersumpah (SD), menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). November tahun lalu.

Setiausaha Publisiti DAP Perak itu memaklumkan, tindakan tidak seharusnya diambil terhadap Ahli Parlimen UMNO sahaja, sebaliknya perlu dilakukan terhadap semua yang memegang status terbabit parti komponen dalam BN. 

Mohd Hafee berkata, sebarang cubaan pemimpin DAP untuk mencampuri urusan dalaman UMNO-BN boleh mengundang kesan rantaian negatif yang tidak diingini. 

Jelasnya, DAP tidak perlu mengajar UMNO cara untuk mengendalikan parti, sebaliknya fokus kepada usaha dalam memastikan kerajaan baharu mampu menamatkan kemelut sedang dihadapi rakyat, akibat kelembapan ekonomi pasca COVID-19.

“Chong Zhemin tidak perlu menjadi api dalam sekam jika mahu menjaga kestabilan Kerajaan Perpaduan.

“Adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila Chong Zhemin mengatakan bahawa beliau tiada niat untuk campur tangan urusan dalaman BN dan ingin mengelakkan tragedi Langkah Sheraton,” katanya. 

Dalam pada itu, Mohd Hafee memberi peringatan kepada DAP bahawa sebarang usaha atau langkah parti berkenaan dalam mencampuri urusan parti lain juga, mampu menjejaskan jangka hayat Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat dan negeri.

Tegasnya, Zhemin seharusnya menyokong pandangan Ketua Pemuda Sosialis DAP, Kelvin Yii Lee Wuen yang melihat politik perpaduan secara progresif antara DAP dan UMNO, mampu menjadikan kerajaan lebih fokus dalam usaha menangani masalah rakyat, terutama membabitkan isu kos sara hidup.

“Jika isu ini dibiarkan berterusan, rakyat pastinya kecewa dan bosan melihat ketidakstabilan kepimpinan kerajaan yang tak sudah. 

“Saya mohon pemimpin DAP selepas ini lebih berhemat dan berhati-hati di dalam berbicara,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2023 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan