web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Polis Tidak Akan Teruskan Kes Terhadap Saya’ - Aktivis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 10:00AM

Sebelum ini, Heidy Quah didakwa di bawah seksyen yang sama pada 27 Julai 2021 kerana menyiarkan kandungan dalam talian berhubung keadaan yang dihadapi pelarian di depoh Imigresen - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas Refuge for Refugees, Heidy Quah memaklumkan polis tidak akan meneruskan kes mereka terhadapnya atas dakwaan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Walaupun dimaklumkan akan didakwa berhubung perkara itu, Heidy berkata, pegawai penyiasat (IO) bagi kes itu memaklumkan dia tidak akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

“IO memberitahu saya awal malam ini (tadi) bahawa saya tidak akan didakwa,” katanya kepada The Vibes secara ringkas.

Menerusi catatan di Facebook miliknya semalam, Heidy berkata, dia dijangka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) akta itu yang meliputi penyiaran kandungan dengan niat untuk mengganggu orang lain.

“Tuduhan ini datang lagi untuk kali kedua, berikutan catatan Facebook yang saya tulis untuk menguatkan kebimbangan Ketua Pengarah Kesihatan ketika itu, (Tan Sri Dr Noor) Hisham Abdullah mengenai penahanan beramai-ramai ratusan pelarian dan pendatang semasa ‘lockdown’ yang menyebabkan pusat tahanan menjadi titik panas COVID-19 kerana ruang terbatas dan sesak.

“Ini benar-benar tidak masuk akal, dan bukan seperti yang saya jangkakan apabila kami mengundi kerajaan baharu.

“Pertuduhan semula ini bermakna kerajaan baharu merelakan apa yang dilakukan oleh kerajaan lama dengan menutup kritikan terhadap kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Heidy didakwa di bawah seksyen yang sama pada 27 Julai 2021 kerana menyiarkan kandungan dalam talian berhubung keadaan yang dihadapi pelarian di depoh Imigresen.

Semalam, dia mengulangi bahawa tuduhan sedemikian adalah satu bentuk gangguan terhadap dirinya dan masyarakat yang dibantunya.

“Masa, tenaga dan sumber yang dihabiskan untuk memerangi kes yang secara sistematik cacat dan tidak adil sekali lagi mengambil masa dan sumber berharga di lapangan untuk melakukan kerja yang bermakna dan memberi kesan.

“Bukan sahaja kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat adalah hak asasi manusia tetapi menyekat individu kerana berkongsi realiti di lapangan adalah keganasan yang ‘ditaja’ kerajaan terhadap wanita,” katanya. – The Vibes, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka