web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Palsukan Dokumen, MAIS Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 4:30PM

MAIS menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak menjadi ejen untuk projek bantuan bakul makanan. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyangkal dakwaan pihaknya terbabit dalam projek pembekalan bantuan bakul makanan yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya menerima aduan daripada sebuah syarikat swasta yang menerima pesanan pembelian (PO) dan invois menggunakan kepala surat rasmi berlogo agensi agama itu, bagi tujuan mendapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan. 

"Hasil semakan, kedua-dua dokumen berkenaan didapati palsu dan MAIS tidak terlibat dengan projek pembekalan bakul makanan (food bank). 

"Pada masa sama, MAIS juga tidak pernah melantik mana-mana pihak menjadi ejen untuk projek bantuan yang berkaitan," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Menurut beliau, tindakan sama juga dikenakan terhadap mereka yang memalsukan dokumen melibatkan MAIS untuk tujuan menyalahi undang-undang dan mengelirukan orang ramai.

"MAIS kesal dan memandang serius insiden pemalsuan dokumen dengan menggunakan logo MAIS.

"Perbuatan pemalsuan dokumen membabitkan MAIS adalah jenayah serius kerana menjejaskan imej institusi dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada umat Islam, khususnya di Selangor," katanya. 

Jelas Ahmad Shahir, laporan polis akan dibuat agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak melakukan jenayah pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574). 

"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan dikenakan denda.

"MAIS melihat perbuatan pemalsuan dokumen ini jenayah serius kerana ia menjejaskan imej dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada umat Islam khususnya di Selangor," katanya. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan berwaspada dengan penipuan oleh pelbagai pihak menggunakan nama MAIS untuk tujuan mendapatkan sumbangan dan apa-apa kepentingan lain.

"Jika terdapat perkara yang meragukan, orang awam boleh mendapatkan pengesahan daripada MAIS dan merujuk melalui talian 03-5515 3400 atau emelkan terus ke pro@mais.gov.my," katanya. - Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok