web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pentadbiran Muhyiddin Rekod Kos Penyelenggaraan Kereta Menteri Tertinggi - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Feb 2023 9:03PM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan kereta menteri pada 2020 semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin direkodkan berjumlah RM672,000, lebih tinggi daripada tahun berikutnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kos penyelenggaraan kenderaan menteri pada 2021 berjumlah RM478,991.50, manakala bagi 2022 sebanyak RM450,690.66.

“Secara keseluruhannya, kerajaan telah membelanjakan lebih RM1.6 juta membabitkan kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi kenderaan rasmi jawatan (KRJ) menteri Persekutuan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020 hingga tahun lalu,” katanya dalam jawapan bertulis melalui persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chong Zhemin (DAP-Kampar) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah kos penyelenggaraan semua kereta menteri dari tahun 2020 hingga 2022.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sepanjang 2021, sebanyak RM478,991.50 dibelanjakan bagi menyelenggara dan membaiki KRJ manakala tahun lalu, sebanyak RM450,690.66 bagi tujuan sama.

“Jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi KRJ menteri Persekutuan ialah RM1,601,682.16,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, menteri diberikan sebuah KRJ model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021 bagi menggantikan Proton Perdana 2.4L yang dihentikan pengeluaran. 

Malah katanya, kerajaan sudah membayar kos pajakan bulanan yang terdiri daripada kos sewaan serta kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi setiap KRJ tersebut. 

Terdahulu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri hingga 24 Februari 2020 tumbang selepas Langkah Sheraton dilakukan sehingga Muhyiddin diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan. 

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020 sebelum membentuk Jemaah Menteri pada 10 Mac 2020 yang berkhidmat sehingga Ogos 2021 sebelum digantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Naib Presiden UMNO itu menggantikan Muhyiddin selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Jemaah Menteri di bawah Muhyiddin dianggotai 32 Menteri dan 38 Timbalan Menteri sebelum dibubarkan pada 16 Ogos 2021. - Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok