web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laluan Khas Motosikal Perlu Dilaksanakan Demi Selamatkan Nyawa Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Feb 2023 9:22PM

Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa kerajaan melaksanakan laluan khusus untuk motosikal di jalan raya bagi melindungi penunggang dan pembonceng motosikal di seluruh negara. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Kerajaan digesa melaksanakan laluan khusus untuk motosikal di jalan raya bagi melindungi penunggang dan pembonceng motosikal di seluruh negara.

Mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pelaksanaan tersebut boleh dibuat secara berperingkat. 

"Sudah sampai masa kerajaan menyediakan lorong khas untuk motosikal di semua jenis jalan termasuk di lebuh raya untuk keselamatan penunggang motosikal.

"Lorong ini boleh dibuat secara berperingkat. Mulakan dengan projek rintis," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

Mohd Khairuddin yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, kemalangan berlaku antaranya kerana motosikal berkenaan bergesel dengan kereta apabila penunggang cuba mencelah. 

Menurut beliau, terdapat keperluan untuk kerajaan membuat laluan khas itu, seperti laluan berbasikal yang memisahkan mereka daripada kenderaan lain. 

"Di setengah bandar besar di Eropah, lorong khas basikal disediakan. 

"Malah, kereta perlu memberi laluan utama kepada basikal yang melintas. Selamatkan nyawa rakyat kita," katanya. 

Terdahulu, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye melahirkan harapan untuk melihat lorong khas motosikal disediakan bagi memastikan keselamatan penunggang dan pembonceng terjamin. 

Beliau berkata, walaupun kerajaan wajar diberi pujian terhadap inisiatif meminda akta memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk, perhatian masih tidak diberikan kepada isu besar berkaitan keselamatan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal.

“Kerajaan perlu membina laluan motosikal berasingan seperti yang terdapat di sebahagian lebuh raya dan jalan raya di negara ini terutamanya di kawasan pusat bandar,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok