web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Shahidan Pertikai Kenyataan Rafizi, ‘Nak Buka Tanah Dekat Mana YB?’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 4:34PM

Rafizi Ramli - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan akan membuka tanah bagi mengusahakan tanaman seperti sayur-sayuran.

Ahli Parlimen pembangkang itu mempertikaikan kenyataan tersebut selepas Rafizi menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung apakah langkah kerajaan untuk mengatasi inflasi bahan makanan yang tinggi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Padan berkata, kerajaan akan membuka tanah dalam memastikan harga bekalan bahan mentah yang dibekalkan di restoran dan kedai dapat diturunkan. 

Menurut beliau, inflasi bahan makanan yang tinggi, perlu ditangani di seluruh peringkat rantaian iaitu daripada permintaan dan bekalan dengan kenaikan harga barang sebenarnya didorong harga akhir di kedai dan restoran.

“Sudah tentu tanah akan dibuka bagi memastikan bekalan iaitu bahan mentah seperti sayur-sayuran dapat digunakan di restoran dan kedai dengan harga jualannya dapat diturunkan dengan mengimbangi bekalan. 

“Kita juga perlu memastikan kesedaran dan pilihan pengguna di tahap lebih baik agar pilihan mereka dalam membeli itu mempunyai keseimbangan antara permintaan dan bekalan.

“Dengan ini, kadar kenaikan harga melibatkan barang masak dan makanan dibawa balik ke rumah semakin sederhana dan membolehkan kita mengawal inflasi,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. 

Shahidan Kassim - Gambar fail
Shahidan Kassim - Gambar fail

Selesai menjawab soalan tambahan itu, Shahidan bangkit dengan menyatakan jawapan terbabit mengelirukan kerana tiada perincian di mana tanah akan dibuka oleh kerajaan. 

“Kenyataan kita akan buka tanah itu, jadi, nak buka tanah dekat mana... jawapan ini mengelirukan. Kita akan buka tanah, tanah di mana Yang Berhormat (Pandan),” tanya Shahidan.

Namun Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ramli Mohd Nor meminta Shahidan untuk duduk berikutan tempoh bagi sesi pertanyaan hanya dihadkan kepada dua soalan tambahan sahaja.

“Yang Berhormat Arau, sekarang ini masa soalan lisan. Dalam bahas nanti bolehlah ya,” katanya. - 20 Februari 2023


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan