web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rukun Negara Terabai, Perlu Dipamer Di Pejabat Kerajaan, Sekolah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 8:18PM

ikrar Taat Setia dalam buku Rukun Negara yang telah diterbitkan oleh Jabatan Penerangan pada hari pengisytiharan Rukun Negara. - Gambar ihsan Arkib Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mencadangkan agar Rukun Negara dipamerkan di setiap pejabat dan agensi kerajaan selain di sekolah kerana amalan mulia yang termaktub di dalamnya seolah-olah diabaikan ketika ini.

Menurut beliau, Rukun Negara amat penting dan perlu dihadam sepenuhnya oleh rakyat.

“Kalau kita nak tengok Rukun Negara sekarang ini, yang pertama pergi ke sekolah di dinding ada. Itu pun kadang-kadang cat sudah pudar.

“Yang kedua, nak tengok Rukun Negara ini di buku tulis pelajar sekolah. Yang lain kita tidak nampak di mana berkaitan Rukun Negara ini.

“Jadi saya nak tanya Jempol, setuju atau tidak kalau di pejabat kerajaan dan sekolah, sebelah gambar Agong, Perdana Menteri dan Sultan kita letak juga Rukun Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) semasa membahaskan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Buku risalah Rukun Negara bersaiz 20sm x 28sm, setebal 20 halaman ini kini dalam simpanan Arkib Negara. - Gambar ihsan Arkib Negara
Buku risalah Rukun Negara bersaiz 20sm x 28sm, setebal 20 halaman ini kini dalam simpanan Arkib Negara. - Gambar ihsan Arkib Negara

Sementara itu, Shamshulkahar menyambut baik cadangan yang disuarakan Mohd Sany bagi memastikan keharmonian pelbagai kaum akan lebih terjamin.

“Jempol amat setuju, sebagaimana semua sedia maklum, Rukun Negara adalah panduan hidup rakyat. Ini sama penting.

“Inilah teras kejayaan kita selama ini. Rakyat hidup bersatu padu dan wajib untuk kita pertahankannya sampai bila-bila,” katanya.

Sebelum itu, Shamshulkahar menegaskan setiap warganegara wajib memahami, menghayati dan menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara untuk menyemai perpaduan.

Jelas beliau, Rukun Negara perlu dijadikan panduan hidup masyarakat majmuk bagi menjamin perpaduan dan kerukunan masyarakat di Malaysia.

“Setiap warganegara Malaysia wajib memahami, menghayati, menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

“Teras pentadbiran negara kita selama ini menekankan kepada perpaduan rakyat, berbilang kaum dan pembangunan negara di seluruh wilayah sejak merdeka,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula