web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nik Zawawi Diarah Tarik Balik Kenyataan Dakwa PM Hina Rakyat Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 9:57PM

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan isu berhubung lawatan kerja Perdana Menteri ke luar negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika selepas seorang Ahli Parlimen Pembangkang menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja ke luar negara seolah-olah menghina rakyat Malaysia. 

Ketika membahaskan usul Titah Diraja, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) tidak berpuas hati dengan kenyataan Perdana Menteri, mendedahkan situasi yang berlaku dalam negara ketika berada di luar negara. 

Jelasnya, Perdana Menteri seharusnya pergi ke luar negara bagi membawa agenda yang jelas berhubung hubungan dagang, bukannya mengurangkan keyakinan pelabur asing untuk berkunjung ke Malaysia. 

 Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh - Gambar dari Facebook Ustaz Dr Nik Zawawi Bin Salleh
Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh - Gambar dari Facebook Ustaz Dr Nik Zawawi Bin Salleh

“Saya ucap ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri ke luar negara ke sana ke sini, Insya-Allah mudah-mudahan hubungan diplomatik itu ada, tetapi kebimbangan saya tingkah laku Perdana Menteri yang sepatutnya membawa agenda hubungan dagangan jelas, bukan pergi secara tergesa-gesa.

“Kalau tengok ucapan disampaikan itu boleh memberi kekurangan keyakinan kepada pelabur asing untuk datang ke negara kita. Contohnya, ucapan di Indonesia seolah-olah menghina rakyat Malaysia yang ada menyebut secara umum,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang bangun meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor mengarahkan Nik Muhammad Zawawi menarik balik kenyataan tersebut.

Rayer juga meminta Muhammad Zawawi mengesahkan sama ada beliau ada menyebut ucapan Perdana Menteri di luar negara seolah-olah menghina rakyat Malaysia.

Sebelum itu, Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) telah membangkitkan Peraturan 36 (6) bahawa seorang Ahli Parlimen tidak boleh mengeluarkan kenyataan jahat kepada ahli lain khususnya Perdana Menteri dengan menyatakan kunjungan pemimpin itu ke luar negara tidak mempunyai agenda.

Beliau turut mencabar Nik Muhammad Zawawi untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri ke luar negara hanya 'makan angin' dan tidak bertindak untuk membawa agenda Malaysia. 

“Sila buktikan bahawa lawatan ini tiada sebarang agenda (perancangan kerajaan) seperti disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh, seolah-olah langsung tiada agenda. 

“Itu tidak betul. Yang Berhormat tahu ke tidak ada agenda... hanya memetik ucapan di Indonesia sahaja, nak lontar pukul kata semua lawatan ini tiada asas dan agenda,” katanya. 

Ramli Mohd Nor - Gambar dari Jabatan Penerangan
Ramli Mohd Nor - Gambar dari Jabatan Penerangan

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor, kemudiannya meminta Muhammad Zawawi menarik balik kenyataannya tersebut untuk menjaga keharmonian dewan.

Muhammad Zawawi kemudiannya akur dan menarik balik kenyataan tersebut.

“Kalau tak boleh guna perkataan seolah-olah menghina, baiklah saya tarik balik cuma saya nak beritahu, tidak sepatutnya Perdana Menteri bercakap seumpama itu, pergi ke negara orang dan mendedahkan apa yang berlaku dalam negara kita.

“Ia dibuat tanpa usul periksa dan tanpa keputusan mahkamah seolah-olah carca marba,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan