web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Harus Fokus Kos Sara Hidup, Pastikan Tiada Kenaikan Harga 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 9:09AM

Dengan jangkaan ekonomi global semakin tidak menentu dan prospek pertumbuhan kurang memberangsangkan, adalah perlu untuk Bajet 2023 memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2023 perlu memberi tumpuan kepada mekanisme merangsang pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat, terutama dalam mengekang impak inflasi serta peningkatan kos sara hidup terhadap golongan rentan.

Pakar ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, dengan jangkaan ekonomi global semakin tidak menentu dan prospek pertumbuhan kurang memberangsangkan, adalah perlu untuk Bajet 2023 memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.

Dr Abu Sofian Yaacob - Gambar fail
Dr Abu Sofian Yaacob - Gambar fail

Menurut beliau, wujud keperluan untuk memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat terutama golongan rentan dan B40 yang menghadapi suasana sukar akibat kenaikan kos sara hidup, merangkumi harga barangan dan perkhidmatan.

“Kebanyakan pekerja swasta pendapatannya tidak mencukupi, malah tiada kenaikan gaji dan masih ada rakyat tidak menerima gaji pada paras minima RM1,500 seperti ditetapkan kerajaan. Saya berpandangan penetapan gaji minima itu sebenarnya belum mencukupi buat mereka yang menetap di bandar.

“Justeru, kerajaan perlu lihat secara holistik, laksanakan “big picture” agar boleh mengenal pasti tumpuan dan boleh terus mengarahkan agensi bertanggungjawab memainkan peranan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan bukannya hanya pandai bercakap tetapi tiada tindakan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Abu Sofian berkata, kerajaan perlu menangani isu kenaikan harga barang dengan memastikan pengguna tidak dieksploitasi dan pada masa sama, menjamin kelangsungan perniagaan.

“Jangan naikkan lagi harga barang mentah seperti ayam, telur, beras serta barang keperluan harian. Isu ini yang sepatutnya kerajaan beri tumpuan, kalau tak nak kurangkan, pertahankan harga sedia ada.

“Dari segi sekuriti makanan, kerajaan boleh beri tumpuan kepada sektor pertanian agar harga boleh bersaing serta mampu diturunkan. Jangan mengharapkan langkah bahan import semata-mata, perlu fokus (kepada) bekalan di dalam negara,” katanya.

Beliau turut berpendapat, sudah tiba masanya kerajaan mengurangkan tarif elektrik dan air, selain menyediakan pelbagai inisiatif terbaik dalam menarik orang ramai menggunakan pengangkutan awam yang mampu mengurangkan kos hidup rakyat.

Menurut Abu Sofian, tumpuan juga perlu diberi perhatian kepada menggalakkan pelabur asing serta pelaburan tempatan membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti penggunaan automasi dan pendigitalan.

“Di peringkat domestik, mudah carakan syarikat, khususnya yang dimiliki belia sekiranya mereka mahu menjalankan sebarang perniagaan. Seharusnya mereka ini dipimpin dan diberi bantuan daripada agensi kerajaan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

“Bagi pelabur luar, segala birokrasi kerajaan perlu dihapuskan dengan mempercepatkan permohonan syarikat asing yang berpotensi memberi pendapatan tambahan kepada negara dan mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat serta memperoleh perkongsian teknologi daripada mereka,” katanya.

Dr Jamaie Hamil - Gambar fail
Dr Jamaie Hamil - Gambar fail

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berpandangan, kerajaan juga perlu memfokuskan kepada sektor penjawat awam dan mendedahkan apakah langkah alternatif diambil kerajaan tanpa rakyat perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Dengan tumpuan itu, beliau berkata, Perdana Menteri boleh menangguhkan sementara pembangunan infrastruktur tidak perlu dan bersaiz mega demi membantu rakyat menerusi Bajet 2023.

“Pelbagai subsidi seperti nelayan, petani atau penoreh diutamakan oleh kerajaan dan bagi yang tidak terlibat sektor itu, mereka mengharapkan pemberian subsidi agar dapat diturunkan harga barangan asas dan bahan mentah, justeru pembangunan seperti yang dilakukan kerajaan terdahulu tidak sesuai dilaksanakan ketika ini.

“Walaupun sukar untuk kerajaan memuaskan hati pelbagai pihak  namun dengan keadaan ekonomi tidak menentu dan kewangan negara tak mengizinkan, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan perlu ada idea segar khususnya dalam mengurangkan kos sara hidup kerana perkara itu melibatkan semua golongan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan mengharapkan agar Bajet 2023 dapat melaksanakan inisiatif dalam membuat pelaburan membangunkan modal insan berkemahiran menerusi latihan dan vokasional (TVET), berbanding mengharapkan ia dibangunkan sepenuhnya oleh industri.

Pada masa sama, Perdana Menteri juga perlu mencari pelbagai kaedah serta alternatif dalam membuka mata lebih ramai pihak industri yang memegang stereotaip negatif mengenai persepsi dan keupayaan belia dari segi produktiviti, sikap dan kemahiran.

“Semua pihak mengakui bahawa belia mempunyai bakat dan potensi besar termasuk melonjakkan ekonomi negara melalui tenaga kerja berkemahiran, cuma bagaimanakah industri dapat memanfaatkan tenaga, semangat dan komitmen belia. Kunci kepada persoalan ini ialah bagaimana pentingnya keserakanan belia dewasa.

“Keserakanan akan menjadi kesilapan jika industri mengandaikan bahawa manfaat dan perkongsian itu tertumpu kepada belia walhal kecekapan tenaga belia mencerminkan mereka sebagai penyumbang penting. 

"Jika ini dilakukan, hasrat Perdana Menteri agar industri menjadi peneraju TVET akan memberi impak besar dan mengubah landskap latihan di Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan semula Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pembentangan semula bajet tahunan itu berikutan Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober 2022 tidak dapat dibahas dan diluluskan, susulan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketika ia dibentangkan kali pertama pada awal Oktober tahun lalu, bajet itu menelan peruntukan paling besar dan tinggi dalam sejarah negara iaitu RM372.3 bilion. - Getaran, 24 Februari 2023.





 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok