web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bajet 2023: BERNAS Kongsi 30 Peratus Keuntungan Bersih Import Beras Dengan Pesawah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 6:06PM

Anwar telah menjanjikan bantuan RM60 juta untuk pesawah di seluruh negara pada tahun lepas. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) bersetuju untuk berkongsi 30 peratus daripada keuntungan bersihnya daripada import beras dengan pesawah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa pembentangan Bajet 2023 yang disemak di Parlimen hari ini, Anwar merakamkan penghargaan kepada syarikat itu atas kesanggupannya menyumbang sebahagian daripada dananya untuk membantu pesawah yang miskin.

“Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada BERNAS kerana menyalurkan sebahagian daripada keuntungannya kepada pesawah yang berpendapatan rendah.

“Selain RM60 juta (disediakan kepada petani), BERNAS akan menyumbang 30 peratus daripada keuntungan bersihnya daripada import beras kepada pesawah,” kata Anwar, yang juga menteri kewangan.

Pada 5 Disember tahun lepas, Anwar telah menjanjikan bantuan RM60 juta untuk pesawah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada langkah awal untuk menghapuskan monopoli BERNAS terhadap industri beras sejak sekian lama.

Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaannya tidak lagi membenarkan monopoli industri oleh tokoh tertentu yang memangsa pemain kecil.

RM10 juta daripada bantuan kewangan itu dijadual diagihkan secara berperingkat pada 16 Januari, bermula di Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala RM50 juta lagi akan disalurkan kepada pesawah di negeri lain kemudian. - The Vibes, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

2 Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia