web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CUEPACS Kecewa, Belanjawan 2023 ‘Gagal’ Selesai Tekanan Sara Hidup Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 10:00AM

Tiada sebarang komitmen diberikan kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menzahirkan kekecewaan apabila Belanjawan 2023 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup dihadapi kakitangan kerajaan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ia kerana tiada sebarang komitmen diberikan kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik, berbanding peningkatan kos sara hidup.

Adnan Mat - Gambar Bernama
Adnan Mat - Gambar Bernama

“Faktor gaji dan upah menjadi perkara mendesak ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang naik dengan begitu mendadak, terutama melibatkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan memberikan pengurangan cukai pendapatan individu ketika mengumumkan belanjawan itu, sebenarnya tidak memberi kesan besar kepada pendapatan boleh guna rakyat, terutama penjawat awam.

Katanya, lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300 melalui pengurangan cukai itu, tidak menggambarkan situasi sebenar rakyat di luar sana.

Malah, menurutnya, penjawat awam ketika ini mengharapkan sebuah sistem saran baharu, memandangkan sistem saraan perkhidmatan awam digunapakai ketika ini sudah lama tidak dikaji, iaitu sejak November 2002 dan tidak lagi sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Seperti dinyatakan sebelum ini, kunci kepada negara untuk keluar daripada kancah kos sara hidup ini, ialah dengan kaedah meningkatkan gaji dan upah pekerja, disamping melaksanakan langkah mengawal kenaikan kos sara hidup.

“Begitu juga membabitkan hal pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan penjawat awam, (ia) juga tidak diberi tumpuan dalam belanjawan ini,” katanya.

Adnan berkata, kerajaan sewajarnya memperkenalkan semula program perumahan mampu milik untuk penjawat awam seperti sebelum ini.

“Konsep rumah mampu milik seperti Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang dikhususkan kepada anggota ATM (Angkatan Tentera Malaysia), perlu diperluaskan kepada semua penjawat awam.

“Penjawat awam tidak meminta perumahan percuma kerana kami sanggup membelinya, tetapi harga ditawarkan pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam,” katanya.

Rumah Keluarga Malaysia ATM - Gambar fail
Rumah Keluarga Malaysia ATM - Gambar fail

Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap kerajaan masih terbuka untuk memperhalusi semula permintaan warga penjawat awam, terutama dalam hal membabitkan permasalahan kos sara hidup.

Ujarnya, sebelum ini sudah beberapa kali kerajaan mahu mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam, namun sehingga kini tiada apa-apa perkembangan atau khabar gembira diterima.

Penjawat awam, katanya, berbesar hati supaya kerajaan mempertimbangkan pandangan dan keluhan golongan itu yang selama ini memberi sokongan penuh kepada agenda serta aspirasi kerajaan.

“(Apapun), CUEPACS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri atas pembentangan semula Belanjawan 2023. CUEPACS yakin warga penjawat awam akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan aspirasi dibawakan kerajaan berhubung belanjawan ini agar manfaatnya dinikmati seluruh rakyat.

“CUEPACS juga mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif kerajaan meneruskan kebenaran penebusan awal Gantian Cuti Rehat sehingga 50 peratus, iaitu maksimum 90 hari, selain pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak,” katanya.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia Madani, mengumumkan peruntukan di bawah perbelanjaan itu, ditambah kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion, seperti diumumkan kerajaan terdahulu pada 7 Oktober tahun lalu.

Bagi aspek penjawat awam, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju memberikan beberapa peruntukan, seperti Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak, manakala bantuan khas RM350 akan disalurkan kepada golongan pesara, dengan kedua-dua bayaran itu akan dibuat April depan. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'