web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Caci Kertas Sejarah SPM: ‘Perlukah Pelajar Sedang Menduduki Peperiksaan Ditahan Polis?’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:04PM

Wan Azliana Wan Adnan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes dua pelajar didakwa mencaci kertas soalan Sejarah pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), wajar dikendalikan dengan teliti, tanpa ‘mengganggu’ tumpuan mereka terhadap peperiksaan itu.

Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Wan Azliana Wan Adnan berkata, pelajar terbabit tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian dan secara moralnya, ia salah.

Bagaimanapun, beliau tetap mempersoalkan keperluan guru terlibat membuat laporan polis terhadap perkara berkenaan.

“Perlukah pelajar yang sedang mengambil peperiksaan ditahan polis untuk siasatan?

“Pelajar tersebut tidak membuat ugutan, tidak mencederakan mana-mana pihak. Sepatutnya kes ini dikendalikan dengan teliti.

“Biarlah habis mengambil peperiksaan terlebih dahulu. Masa depan pelajar ini masih panjang,” katanya.

Terdahulu, dua remaja berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah yang tidak berpuas hati dengan kertas soalan Sejarah pada peperiksaan SPM.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, penahanan dua remaja terbabit dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang guru wanita berusia 53 tahun pada jam 10.53 pagi, semalam.

Jelasnya, pihak polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang guru wanita berkaitan video tular di TikTok dan Facebook di daerah ini, memaparkan suspek bertindak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

Suspek, katanya, didakwa turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan mata pelajaran Sejarah serta menghina Singapura.

Malah, ujarnya, semasa serbuan itu, polis turut merampas telefon bimbit dipercayai digunakan suspek.

Selain itu, Wan Azliana berkata, beliau amat terkejut apabila sudah ada penahanan dilakukan dengan pantas oleh polis dan laporan dibuat mengenai video tersebut. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan