web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pastikan Agensi Islam Amal Tatakelola Baik, Julang Integriti Seperti Dihasratkan PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:14PM

Mohd Na’im Mohktar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) bertekad terus berusaha memastikan agensi Islam beroperasi dengan mengamalkan tata kelola baik, selain menjulang tinggi budaya integriti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Mohd Na’im Mohktar berkata, agensi Islam juga akan berusaha menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pengurusan seperti dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar amat prihatin dan komited dengan usaha pembangunan syiar Islam di Malaysia. Secara keseluruhannya, untuk tujuan pengurusan hal ehwal Islam, sebanyak RM1.5 bilion sudah diperuntukkan.

“Selain itu, untuk menggerakkan agenda Membangun Malaysia Madani, kerajaan mengiktiraf dan amat menghargai jasa murabbi yang bersungguh-sungguh menggerakkan usaha imarah dakwah,” katanya menerusi kenyataan.

Pada pembentangan Belanjawan 2023 semalam, kerajaan bersetuju menaikkan elaun kepada 35,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

Malah, turut diumumkan, pemberian sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

Seramai 70,000 akan menerima sumbangan berkenaan melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.

Mohd Na’im menambah, beliau mewakili warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pembentangan belanjawan semalam. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka