web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Mungkin Lantik Perunding EIA Sendiri Untuk Projek: Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 3:10PM

Pilihan lain adalah membenarkan pihak berkuasa melantik perunding atau juruaudit hanya pada projek berprofil tinggi terpilih yang dianggap sensitif terhadap alam sekitar. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memberikan kuasa kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melantik perundingnya sendiri bagi menjalankan penilaian kesan alam sekitar (EIA) ke atas projek pembangunan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bayaran perkhidmatan itu bagaimanapun akan tetap ditanggung pemaju.

Katanya, sekiranya dilaksanakan, ia akan berbeza berbanding dasar sedia ada yang membolehkan pemaju mengupah perunding mereka sendiri untuk aktiviti ditetapkan, dengan mungkin memiliki kesan signifikan kepada alam sekitar asalkan mereka memenuhi syarat untuk berdaftar di jabatan tersebut.

Nik Nazmi berkata, cadangan itu adalah satu daripada dua pilihan sedang dipertimbangkan kerajaan untuk mengelak sebarang potensi penyalahgunaan.

Malah, katanya, perkara itu akan dikaji semula sebagai sebahagian daripada cadangan pembentukan lembaga alam sekitar di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Pilihan lain, ujarnya, adalah membenarkan pihak berkuasa melantik perunding atau juruaudit hanya pada projek berprofil tinggi terpilih yang dianggap sensitif terhadap alam sekitar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) di Dewan Rakyat hari ini, sama ada kementerian bercadang mengubah kaedah semasa menjalankan EIA dan sebaliknya membenarkan jabatan itu mengendalikan pelantikan perunding.

Tze Tzin berkata, ia adalah penting untuk menangani isu pemaju yang bertindak sebagai pembayar, dengan mendesak perunding EIA untuk mengeluarkan laporan menggalakkan bagi memastikan projek dapat dijalankan tanpa gangguan.

“Jika projek ditolak, maka pembayar tidak akan mengeluarkan bayaran dan akan menyalahkan syarikat EIA. Sebab itu kita perlukan kerajaan untuk melantik (firma ini), dengan kos masih diserap pemaju,” katanya.

Tze Tzin berkata, walaupun langkah sedemikian berisiko menyebabkan birokrasi dan kelewatan dalam penyiapan projek, cadangan itu perlu dipertimbangkan secara serius bagi mengelak banjir dan bencana alam lain akibat daripada pembangunan.

Memberi maklum balasnya, Nik Nazmi berkata, beliau menyedari isu tersebut dan bersetuju bahawa amalan ‘pembelian perunding’ (consultant shopping) dengan harapan untuk mengupah seseorang yang boleh menyediakan laporan EIA yang menguntungkan, harus dihentikan.

“Saya bersetuju ada kelemahan yang perlu diperbaiki, sebab itu saya bangkitkan kedua-dua model itu lebih awal. Dan sememangnya kajian sedang dijalankan dan ini akan selesai tidak lama lagi,” katanya.

Nik Nazmi menegaskan bahawa perunding EIA yang berdaftar di bawah jabatan itu adalah firma profesional, dengan tertakluk kepada tahap disiplin dan standard tinggi. – The Vibes, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

3

Politik 7 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Nik Nazmi Serah Surat Tuntutan Kepada Chegubard

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad