web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilik Kereta Miliki Vest Polis Dicari, Perakam Video Sila Tampil

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 12:30PM

Pemilik kenderaan terbabit didakwa menghalang lalu lintas dan foto itu kemudiannya tular di media sosial - Gambar Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis meminta individu yang merakam gambar tular sebuah kereta menyimpan ‘vest’ polis agar tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemilik kenderaan terbabit didakwa menghalang lalu lintas dan foto itu kemudiannya tular di media sosial.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, Ipoh.

"Beliau diminta tampil bagi membantu polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Proton Saga berwarna hitam itu.

"Individu berkenaan diminta agar berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintenden Koo Boon Kuat di talian 016-4173222,” katanya, ringkas.

Yahaya turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan hantaran berkenaan. 

"Jika (spekulasi) dilakukan tanpa perincian, ia akan menjejaskan siasatan dan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Terdahulu, gambar kereta yang diparkir secara berlapis hingga menghalang lalu lintas itu tular di media sosial, selepas dimuat naik netizen.

Ia mengundang pelbagai reaksi, susulan kewujudan ‘vest’ polis yang jelas kelihatan dalam foto tersebut.

Pemilik kenderaan berkenaan turut dikecam kerana menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

"Jadi, kalau letak jaket polis di ‘dashboard’ bolehlah letak kereta merata-rata?” kata Muhammad.

“Awak sebagai orang atasan ini kena tunjuk contoh kepada masyarakat bukannya berkelakuan sebegitu,” luah pula Ilham di Facebook. 

"Kalau bukan polis bantuan, mesti anggota baharu keluar dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL), otai tak buat perangai macam ini," kata Wan Zul. 

"Cari pemiliknya, buat laporan polis kerana salah guna kuasa dan boleh dikenakan tindakan buang kerja. Ramai lagi orang jujur yang teringin jadi polis," tulis Awang Nor. - Getaran, 7 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula