web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usul UMNO Diterima, Ahmad Maslan Berterima Kasih Kepada KDN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Mar 2023 3:07PM

Ahmad Maslan menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Saifuddin Nasution hari ini membuktikan tidak ada perlanggaran dilakukan parti berhubung usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan penghargaaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang meluluskan usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan itu, keputusan berkenaan membolehkan UMNO untuk terus bergerak ke hadapan. 

Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution hari ini membuktikan tidak ada perlanggaran dilakukan terhadap peraturan dan perlembagaan UMNO.

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

“Terima kasih atas kenyataan ini. Saya sudah jelaskan yang tiada sebarang perlanggaran kepada peraturan dan perlembagaan parti berhubung usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

“Ini bukan kali pertama jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan. Maka kita terus melangkah kehadapan untuk mendekati dan membantu rakyat,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini. 

Terdahulu, KDN mengesahkan telah meluluskan usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. 

Saifuddin berkata, KDN telah meneliti ketetapan dibuat pada Perhimpunan Agung UMN0 (PAU) 2022 dan daripada kenyataan diberi Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan 3 Mac lalu.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, Kementerian berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO.

“Ia adalah berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti UMNO akan datang,” kata Saifuddin. 

Usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan UMNO tahun ini diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur 14 Januari lepas. 

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan Pendaftar RoS menerima usul parti untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Katanya, tindakan RoS mengesahkan usul berkenaan membuktikan keabsahan keputusan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Jelasnya, surat tersebut akan menjadi penamat kepada isu tersebut dan mereka juga telah mematuhi peraturan dan perlembagaan sepenuhnya bagi memberi kelulusan dalam pembentangan yang dibuat. - Getaran, 7 Mac 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula