web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hadi, Berhentilah ‘Mengigau’ Jatuhkan Kerajaan, Beri Peluang PM Bangunkan Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 6:02PM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa berhenti bermain politik dan ‘mengigau’ menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, usaha menumbangkan sukar direalisasikan kerana adanya Akta Anti Lompat Parti.

“Tumbangkah Kerajaan Perpaduan? Dengan adanya Akta Anti Lompat Parti, sukar untuk PAS melakukan hal ini, malah Kerajaan Perpaduan telahpun mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen. 

“Jika begitu senarionya, berhentilah mengigau untuk menjatuhkan kerajaan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, hari ini. 

Terdahulu, Abdul Hadi mengakui ada ‘usaha’ sedang dijalankan PN dan parti komponen di blok pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. 

Menurut beliau, berdasarkan sistem demokrasi negara, perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Mengulas lanjut, Mohammad Agus berkata, sekiranya kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Anwar ketika PN berkuasa, sudah tentu pengikut PAS akan memberi pelbagai kecaman terhadap Presiden PKR itu.

“Bayangkan jika yang kata macam ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa PN berkuasa? Tentunya yang akan tersembur dari mulut penyokong PAS adalah Datuk Seri Anwar tidak menjunjung titah agong serta derhaka kepada institusi raja. 

“Malah, ada juga pihak pasti akan membuat dakwaan Anwar pengkhianat mandat rakyat, bersekongkol dengan DAP hendak menghapuskan institusi raja dan pelbagai macam dalil lagi bagi mengukuhkan hentaman mereka,” katanya. 

Dalam pada itu, Mohammad Agus turut tidak bersetuju dengan kenyataan Abdul Hadi bahawa ‘tukar kerajaan perkara biasa dalam politik’.

Menurut beliau, dalam sistem demokrasi penukaran kerajaan hanya boleh dilakukan melalui proses pilihan raya.

“Apa yang biasanya dengan pertukaran kerajaan? Dalam sistem demokrasi, tukar kerajaan adalah melalui pilihan raya.

“Selepas pilihan raya, semua parti perlu bekerjasama untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Nanti pilihan raya akan datang, serahlah semula mandat pada rakyat untuk membuat pilihan,” katanya.

Beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan adalah terbaik untuk Malaysia, malah membina hubungan luar negara yang baik dengan membawa masuk banyak syarikat gergasi seperti Intel Amazon untuk melabur.

“Jika ubah kerajaan, dibimbangi semua pelabur akan menghentikan pelaburan mereka serta-merta di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Mohammad Agus menegaskan, kerajaan hari ini terbaik kerana tidak ada kontroversi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statute Rome. 

“Pemimpinnya juga tidak terbabit rasuah, tata kelola kerajaannya baik, dan memberi keutamaan kepada membantu rakyat miskin. Kerajaan melakukan terbaik dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 dengan Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan ini menekankan perpaduan rakyat dengan menolak ekstremisme agama dan kaum, rasisme, penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, menolak penunggang agama dan bangsa,” katanya.

Sementara itu, dengan kebaikan kerajaan hari ini, beliau menasihatkan Ahli Parlimen Marang itu dan penyokongnya supaya tidak terus berpolitik.

Tegasnya, hormatilah titah Yang di-Pertuan Agong dan jika mahu berpolitik pun, tunggulah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.

“Biar kerajaan stabil dulu. Buat masa sekarang jadilah 'oposisi' yang konstruktif untuk membangunkan negara.

“Rakyat sedang susah sekarang, mangsa banjir perlukan bantuan, peniaga, usahawan dan kontraktor sedang menghadapi suasana penuh cabaran,” katanya. 

Beliau turut mengajak Presiden PAS itu menumpukan usaha kerajaan mengangkat Malaysia Madani bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu, negara lebih maju dan hebat semula. 

“Hentikan hal yang tidak ada faedah. Biarlah Kerajaan Perpaduan ini kekal untuk menjalankan tugas mereka tanpa diganggu gugat bagi memulihkan negara kita,” katanya. - Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Polis Akan Rakam Keterangan Mr H

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula