web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cukai Taksiran Putrajaya Untuk Strata Kurang 5 Peratus, Teres 20 Peratus

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 6:43PM

Pemberian pengurangan cukai itu melibatkan hampir 2,700 unit kediaman strata dan teres yang siap dibina selepas 2017 dan diberikan sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan pengurangan cukai taksiran fasa 2 di Putrajaya sebanyak lima peratus kepada pemilik kediaman strata (selain rumah mampu milik) dan 20 peratus bagi pemilik kediaman teres bermula 1 Julai ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengurangan itu diberikan kepada kediaman yang siap dibina selepas 2017 dan potongan akan diberikan kepada jumlah cukai taksiran yang dikenakan.  

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pemberian pengurangan cukai itu melibatkan hampir 2,700 unit kediaman strata dan teres yang siap dibina selepas 2017 dan diberikan sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya. 

"Saya ambil peduli keluhan daripada pemilik harta selain rumah mampu milik di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya," menurut beliau dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata pengurangan itu juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI melalui elemen ihsan yang seterusnya dapat dipanjangkan kepada ruang lingkup lebih luas bagi mengurangkan beban penduduk dalam mendepani kos sara hidup terutama golongan M40 yang memiliki kediaman strata dan teres di Putrajaya.

Sebelum ini, semua kediaman berharga di bawah RM300,000 di Putrajaya diberikan potongan sebanyak 30 peratus daripada jumlah cukai taksiran yang dikenakan berkuat kuasa 1 Jan lepas sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad