web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin AstraZeneca: KKM Jamin Rawatan Segera Jika Berlaku Kes Darah Beku

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 5:35PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa memantau kejadian darah beku semasa pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 AstraZeneca dan memberi jaminan rawatan segera akan diberikan jika kes tersebut benar-benar berlaku, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Kejadian darah beku sangat jarang berlaku, dan pemberian vaksin ini telah mengambil kira faedahnya dalam mencegah jangkitan COVID-19 yang mengatasi risiko daripada pengambilan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia telah menerima 268,800 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca melalui Fasiliti COVAX pada 24 April lepas dan vaksin berkenaan akan mula diberikan kepada orang ramai, esok.

Pemberian vaksin AstraZeneca dibuka kepada 268,000 individu secara ‘siapa cepat, dia dapat’ bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor dan temu janji pertama bagi slot vaksinasi akan dijalankan esok di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan.

PPV itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Dr Adham berkata penerima vaksin AstraZeneca dinasihatkan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan dan perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala dalam masa empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin.

Beliau berkata rawatan segera perlu diperoleh sekiranya mempunyai gejala seperti sakit kepala yang teruk serta tidak berkurangan dengan ubat tahan sakit atau pun ia semakin teruk, dan sakit kepala semakin teruk apabila berbaring atau semasa membongkok.

Gejala lain adalah sakit kepala luar biasa disertai dengan pandangan kabur, loya dan muntah, sukar bertutur, lemah, mengantuk atau sawan; bintik-bintik kecil pada kulit, lebam atau berlaku pendarahan dan sukar bernafas, sakit dada, bengkak pada kaki atau sakit perut yang berterusan, katanya.

Dr Adham berkata pengamal perubatan yang merawat kes melibatkan penerima vaksin AstraZeneca perlulah menyiasat sama ada individu tersebut telah menerima vaksin dalam masa 30 hari sebelum gejala bermula.

Pengamal perubatan juga perlu membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan sama ada gejala yang ditunjukkan adalah disebabkan pembekuan darah.

“Pemeriksaan-pemeriksaan berkaitan termasuk pemeriksaan darah dan radiologi perlu dijalankan dengan seberapa segera.

“Rawatan serta-merta perlu diberikan jika keputusan ujian menunjukkan pembekuan darah benar-benar berlaku,” katanya.

Pakar hematologi perlu dihubungi dengan segera untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pengamal perubatan juga perlu membuat laporan Kesan Sampingan Selepas Imunisasi (AEFI) kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia