web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guru Prasekolah Rugi RM30,483 Diperdaya Sindiket Tawar Kerja Sambilan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 9:43PM

Mangsa yang berusia 29 tahun itu awalnya, tertarik dengan tawaran kerja berkenaan selepas menerima maklumatnya menerusi aplikasi Whatsapp - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu guru prasekolah di Bentong menanggung kerugian RM30,483 apabila terpedaya dengan janji manis sindiket kerja sambilan untuk memberikannya pendapatan lumayan, namun rupa-rupanya ia tidak wujud. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang berusia 29 tahun itu awalnya, tertarik dengan tawaran kerja berkenaan selepas menerima maklumatnya menerusi aplikasi Whatsapp. 

Menurutnya, suspek memaklumkan kononnya melihat permohonan mangsa di laman web Job Street. 

“Suspek menawarkan kerja membuat pandangan (review) seperti tempat (pelancongan), restoran dan sebagainya di laman Google. 

“Mangsa akan diberikan keuntungan dengan dibayar komisen bagi setiap pandangan dibuat olehnya,” katanya menerusi kenyataan. 

Teruja dengan tawaran lumayan itu, Ramli berkata, mangsa sanggup menggunakan wang simpanannya bagi memenuhi syarat pihak terbabit untuk membolehkannya menyertai pekerjaan tersebut.

“Mangsa mula percaya dan membuat empat kali pindahan wang ke empat akaun bank berlainan. Mangsa menggunakan wang simpanan sendiri.

“Selepas merasa dirinya tertipu, mangsa tampil membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong,” katanya. 

Sehubungan kes itu, Ramli menasihatkan masyarakat untuk tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan. 

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan