web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangkang, Sila Henti Hasut Rakyat Keluarkan KWSP

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Mar 2023 3:35PM

Mohammad Agus adalah tidak bertanggungjawab apabila isu tersebut dijadikan senjata dan permainan politik PN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembangkang digesa berhenti menghasut rakyat mengenai pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bagi memastikan simpanan pencarum tidak terjejas selepas bersara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, adalah tidak bertanggungjawab apabila isu tersebut dijadikan senjata dan permainan politik Perikatan Nasional (PN).

“Pada 9 Mac 2023, ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan membenarkan mereka yang terdesak dan mempunyai simpanan mencukupi dalam akaun KWSP mencagarkan caruman mereka di bank.

“(Bagaimanapun), cadangan itu dibantah oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang yang menyifatkannya sebagai tidak membantu pencarum terhimpit dengan keadaan ekonomi,” katanya hari ini.

Mohammad Agus berkata, KWSP adalah simpanan hari tua yang sebenarnya tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarumnya mencecah 55 tahun.

Namun, katanya, kerajaan membenarkan simpanan itu dikeluarkan ketika pandemik COVID-19 bagi meringankan beban rakyat yang terkesan.

“Memikirkan masa depan rakyat di hari tualah, Perdana Menteri mencadangkan idea untuk cagarkan KWSP. Beliau sediakan jala untuk rakyat mencari ikan, bukannya memberi rakyat makan ikan.

“Cadangan itu baik dan praktikal. Duit KWSP yang jadi cagaran itu masih dalam simpanan. Tiap-tiap tahun dividen bertambah. Kalau tidak bayar, barulah bank mengambil cagaran itu," katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Agus berkata, sekurang-kurangnya inisiatif yang dibawa oleh Presiden PKR itu dengan membenarkan simpanan KWSP sebagai cagaran dan dipersetujui bank adalah antara solusi kepada rakyat. 

“Modal KWSP tidak hilang. Dividen tabung itu yang bayarkan pinjaman bank. Kalau keluarkan simpanan KWSP bukan sahaja duit tidak ada, dividen pun tidak dapat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pembangkang seharusnya berperanan dalam mendesak kerajaan untuk membawa kebaikan kepada rakyat, seperti menghapuskan rasuah, menggesa peluang pekerjaan dan mengawal harga barang.

“Nasihat saya kepada yang menentang cadangan Perdana Menteri ini, hentilah apikan rakyat, sebaliknya berilah cadangan yang lebih bernas. Didik rakyat bijak berbelanja mengikut keperluan, bukan kehendak.

“Memahami Anwar, beliau adalah terbaik dalam mengajar rakyat berhemah, mengajar rakyat mengurus kewangan keluarga, mengajar rakyatnya berdikari. Pembangkang, hentilah hasut rakyat dan bimbinglah mereka supaya berjimat,” katanya.

Khamis lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan memperkenal kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank, bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Beliau berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pembiayaan kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan tindakan membenarkan caruman KWSP dijadikan sebagai cagaran sebagai melanggar undang-undang mengikut Akta KWSP 1991 berikutan simpanan itu hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan tertentu sahaja. - Getaran, 15 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok