web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tender Perlu Dianugerah Berdasarkan Kepada Keupayaan, Rekod Prestasi Syarikat - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan bahawa tender bagi semua projek-projek besar perlu dianugerahkan kepada sesebuah syarikat berdasarkan kepada keupayaan dan rekod prestasi syarikat berkenaan semata-mata.

Beliau berkata ini merupakan prinsip-prinsip yang menjadi panduan dalam menawarkan tender bagi projek-projek besar dalam negara.

“Dalam mesyuarat dengan jawatankuasa tender yang membuat keputusan berhubung projek-projek besar hari ini, saya beritahu mereka bahawa nama syarikat-syarikat berkenaan tidak seharusnya didedahkan.

“Namakan saja ia syarikat A, B, C. Kita menetapkan bahawa keputusan perlu dibuat berdasarkan kepada kebolehan, rekod prestasi dan keupayaan kewangan,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersempena Ulang Tahun ke 50 Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini malam tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya ia melibatkan tender bagi projek-projek seperti Jana Wibawa, ia seharusnya diberikan kepada syarikat bumiputera menerusi proses pemilihan, namun proses itu juga perlu telus.

Anwar berkata penganugerahan tender yang telus adalah penting bagi membanteras rasuah dalam negara yang dilabelnya sebagai “endemik”.

“Rasuah adalah endemik, sekiranya bukan sistematik dalam negara ini. Perlukan keberanian dan keazaman untuk berubah,” katanya.

Sementara itu Anwar berkata isu yang membelenggu sektor perumahan dalam negara boleh diselesaikan dengan mengubah proses yang lapuk, memacu, dan memudahkan prosesnya.

Beliau berkata masih ada ruang untuk penambahbaikan bagi peraturan-peraturan dalam negara serta kadar kepantasan kelulusan yang diperlukan (oleh pemaju).

“Kita telah berbincang dengan semua Menteri Besar, agar Majlis Perbandaran di negeri-negeri dapat membantu dan menyegerakan proses-prosesnya,” katanya.

Turut hadir majlis malam ini ialah Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

3

Politik 8 bulan yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan