web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hari Pertama Suntikan Vaksin AstraZeneca Berjalan Lancar, Rakyat Teruja Terima Suntikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 3:04PM

Petugas Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini membuat persiapan bagi Program Imunisasi COVID-19 untuk vaksin AstraZeneca. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik kebimbangan awam terhadap vaksin COVID-19 AstraZeneca, hari pertama proses suntikan vaksin berkenaan berjalan lancar setakat ini.

Malah rakyat Malaysia dan warganegara asing yang menjadi antara individu terawal disuntik vaksin itu, meluahkan rasa teruja dan bertuah menerima suntikan tersebut yang bermula hari ini.

Pemberian suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang.

Hari ini suntikan di tiga PPV iaitu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia melibatkan hampir 4,000 janji temu.

Tinjauan Bernama di PPV WTC, Kuala Lumpur mendapati orang ramai yang mempunyai janji temu mula menunggu di hadapan pintu masuk seawal 8 pagi lagi.

Pekerja teknologi maklumat, Sharifah Shahnaz Syed Aidil Hassan, 29, berkata suntikan vaksin memberi kelegaan kepada dirinya sekeluarga, selain mahu memberi advokasi kepada orang ramai tentang tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mewujudkan komuniti kelompok.

“Beberapa ahli keluarga juga telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan ini, jika ia berkesan dengan baik pada kami, kami mahu sebarkan kebaikannya pada orang ramai pula,” katanya yang tinggal di Shah Alam.

Dalam pada itu, ahli perniagaan Eddy Ng, 48, berkata, dia mahu mengambil vaksin secepat mungkin kerana mahu menjalani hidup normal seperti biasa, dan berharap jangkitan virus berkenaan di negara mampu dikawal dengan pemberian vaksin.

“Tidak kira vaksin jenis apa, terpulang pada kita untuk mendapatkannya atau tidak, jika ada berfikiran ia (AstraZeneca) tidak sesuai untuk kesihatan itu terpulang, tetapi penting untuk kita rakyat Malaysia untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secepat mungkin,” katanya.

Adlucia Maghnes, 48, daripada Sydney, Australia menyifatkan beliau berasa begitu bertuah, kerana dapat mengambil vaksin berkenaan di negara ini.

Katanya, ahli keluarganya yang telah mengambil vaksin jenis itu di United Kingdom dan tidak menunjukkan sebarang simptom selepas menerima suntikan tersebut, mendorongnya untuk mendapatkan vaksin itu sebaik pendaftarannya dibuka Ahad lalu.

Pemberian vaksin AstraZeneca dijalankan di bawah fasa keempat iaitu kawalan wabak dan ia diberi secara berasingan daripada Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, melibatkan 268,000 dos untuk fasa pertama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia