web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maria Chin Fail Semakan Kehakiman Cabar Prosiding Komital Di Mahkamah Syariah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 May 2021 3:14PM

Maria Chin - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan prosiding komital terhadapnya kerana mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Maria, 65, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Mac lalu dengan menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonan itu, Maria antaranya memohon satu perintah certiorari membatalkan tindakan dan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 14 Okt 2019 yang membenarkan Perintah Kebenaran Pengkomitan dan Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan ke atasnya, kerana ia bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta menyalahi Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998) (Akta 585).

Maria memohon satu perintah certiorari membatalkan tindakan responden ketiga (Jabatan Kehakiman Syariah) untuk membenarkan prosiding pengkomitan terhadapnya atas alasan ia  adalah ‘mala fide’ kerana proses permulaan prosiding itu ternyata bercanggah dengan peruntukan undang-undang seperti termaktub dalam Akta 585 dan Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Beliau juga memohon satu perintah mandamus terhadap Zulkifli supaya mengarahkan MAIWP dan Jabatan Kehakiman Syariah untuk tidak mencabuli hak kebenaran asasi pemohon dan mematuhi Peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 4 Disember tahun lepas, Maria diperintah mengemukakan tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu.

Ini berikutan mahkamah berkenaan menolak permohonannya untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa bagi mencabar keputusan mahkamah itu membenarkan prosiding menghina mahkamah (komital) dimulakan terhadapnya.

Permohonan untuk memulakan prosiding komital itu dikemukakan oleh seorang ahli perniagaan berikutan Maria mengeluarkan komen dan mengkritik keputusan mahkamah yang memerintahkan hukuman penjara terhadap bekas isterinya.

Sementara itu, peguam Rosli Dahlan yang mewakili Maria berkata mahkamah menetapkan 31 Mei untuk pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin hari ini yang sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili semua responden pula berkata Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran tersebut.

Beliau berkata prosiding komital ditetapkan pada 4 Jun bagi membolehkan permohonan kebenaran didengar dahulu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia