web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Makin Ramai Peniaga Pasar Basah Tipu Alat Penimbang, KPDN Digesa Bertindak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 6:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) digesa menjalankan pemeriksaan berkala dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga pasar basah yang menggunakan alat penimbang berat mekanikal (penimbang dua muka) tidak tepat.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader mendakwa, ia susulan kebanyakan peniaga pasar basah di negeri itu didapati menipu pembeli dengan menggunakan alat penimbang yang tidak mematuhi piawaian ditetapkan.  

Menurutnya, hasil tinjauan pihaknya mendapati kebanyakan penjual di Pulau Pinang tidak memaparkan pelekat penentu ukur pada alat penimbang mereka.

“Peniaga sepatutnya memaparkan pelekat tersebut bagi membolehkan pengguna mengetahui ketepatan alat penimbang digunakan.

“Tinjauan kami ke semua pasar basah di Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan, beberapa alat penimbang berat yang seharusnya menunjukkan pelekat penentu ukur tidak dipaparkan kepada pengguna,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Mohideen berkata, pelekat penentu ukur sepatutnya diletakkan peniaga di tempat boleh dilihat pengguna, sama ada sesuai digunakan bagi tujuan perniagaan atau sebaliknya.

“Kami juga mendapati alat penimbang berat digunakan kebanyakan peniaga, kurang memuaskan memandangkan jarum petunjuk tidak bermula daripada sifar.

“Malah, ada peniaga menggunakan alat penimbang yang kotor menyebabkan pengguna tidak nampak nombor pada muka penimbang,” katanya.  

Tegasnya, peniaga perlu menghantar alat penimbang berat mereka untuk penentuan ukur setiap tahun di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Peniaga juga perlu diingatkan bahawa bahagian alat penimbang dengan pelekat penentu ukur perlu dipamerkan dengan jelas di hadapan pengguna,” katanya.  

Dalam pada itu, Mohideen berkata, terdapat keperluan buat KPDN mencetak tahun penentu ukur dalam huruf terang dan besar pada pelekat penentu ukur, bagi memudahkan pengguna membacanya.

“Kementerian juga perlu memastikan setiap pasar mempunyai dua alat penimbang berat (satu daripadanya untuk digunakan bagi barangan halal), agar pengguna dapat mengesahkan berat barangan jika mereka meraguinya.

“Nombor untuk dihubungi juga perlu disediakan pada alat penimbang berat supaya pengguna boleh menghubungi jika mereka mempunyai sebarang aduan berhubung kekurangan berat, kenaikan harga barangan utama atau amalan perniagaan yang tidak sihat,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ops Pantau 2024: KPDN Catat Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang 12 Hari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 10 minit yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

Semasa 20 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula