web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPWKM Ambil Tindakan Tegas Sekat Laman Sesawang Pornografi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 5:10PM

Aiman Athirah Sabu - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bertindak tegas menyekat laman sesawang pornografi secara menyeluruh dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata masyarakat perlu sedar dan memberi perhatian terhadap masalah jenayah seksual kanak-kanak itu yang berlaku antaranya disebabkan pengaruh media sosial serta penggunaan Internet tidak terkawal terutama membabitkan laman sesawang pornografi.

“Tindakan tegas perlu dilakukan untuk menyekat terus talian yang bersifat pornografi memandangkan laman sesawang ini boleh diakses pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Hari Wanita Antarabangsa (HAWA) Kelantan 2023 di Tunjong di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan semalam yang menyatakan kes jenayah termasuk seksual membabitkan kanak-kanak dan wanita di negara ini meningkat iaitu sebanyak12,890 kes tahun lalu berbanding 11,092 kes pada 2020.

Aiman Athirah berkata masalah tersebut sukar dibendung kerana masyarakat mudah terdedah dengan bahan-bahan pornografi melalui telefon bimbit, televisyen dan siaran yang memberi laluan bagi kesalahan terbabit.

“Untuk itu, KPWKM telah menjalankan kerjasama dengan beberapa agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Kementerian akan terus meneliti ruang dan faktor-faktor yang boleh membawa kepada jenayah tersebut, dan ia perlu ditangani secara bersama-sama melibatkan semua pihak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Operasi Pangea XVI 2023: 1,675 Pautan Jual Produk Farmaseutikal Terlarang Disekat 

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Negara Jadi Hebat Melalui Penerapan Nilai Murni Dari Institusi Keluarga - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sekat Akses Untuk Elak Penularan Fitnah, Maklumat Tidak Tepat - MCMC

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Kini Di Peringkat Pembentukan - KPWKM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia