web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Pangea XVI 2023: 1,675 Pautan Jual Produk Farmaseutikal Terlarang Disekat 

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2023 9:08PM

Penjualan ubat-ubatan terkawal seperti psikotropik, ubat penahan sakit, antibiotik dan ubat batuk oleh penjual tidak berkelayakan dikesan menunjukkan peningkatan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 1,675 pautan laman sesawang yang dikesan terbabit dalam penjualan produk farmaseutikal terlarang berjaya disekat, hasil kerjasama bersepadu Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) dan beberapa agensi lain.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Norhaliza A Halim berkata, tindakan menerusi operasi dikenali sebagai Operasi Pangea XVI 2023 itu mendapati, pautan berkenaan turut melibatkan akaun media sosial dan e-dagang.

Menurut beliau, pihaknya mengesan peningkatan penjualan ubat-ubatan terkawal, antaranya psikotropik, ubat penahan sakit, antibiotik dan ubat batuk oleh penjual tanpa kelayakan atau tidak diberi kuasa.

“Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM juga mendapati trend pembelian ubat penahan sakit dan suplemen kesihatan dari luar negara turut  meningkat setiap tahun,” katanya.

Jelas Norhaliza, 330 bungkusan pos telah diperiksa sepanjang operasi dan 58 bungkusan mengandungi produk farmaseutikal tidak berdaftar telah dirampas. 

“Pemeriksaan turut dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara melibatkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri. 

“Jumlah keseluruhan rampasan di kesemua lokasi ini adalah sebanyak 13,552 unit dengan nilai rampasan RM 132,498,” katanya.

Beliau menarik perhatian, produk kosmetik mencatatkan rampasan tertinggi di sejumlah besar pintu masuk ke Malaysia iaitu 2,359 unit.

“Ia diikuti produk merawat penyakit gastrik (2,243 unit) dan steroid (1,673 unit). 

“Pada tahun ini, 1,465 unit ubat penahan sakit dan 1,343 unit suplemen kesihatan turut dirampas di pintu masuk utama dan pusat pengedaran mel di seluruh negara,” katanya.

Mengulas lanjut Norhaliza berkata, majoriti produk farmaseutikal dan kosmetik yang dirampas berasal dari Australia, Bangladesh, Hong Kong, Jepun dan India.

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM katanya, turut menjalankan serbuan bersasar ke atas penjual dan premis perniagaan yang terlibat dengan penjualan dalam talian. 

“Sebanyak 45 premis menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar termasuk rumah kediaman, klinik dan premis perniagaan telah diserbu. 

“Dalam serbuan tersebut, 96,691 unit produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang telah dirampas untuk tindakan lanjut, membabitkan anggaran nilai RM417,291 manakala 12 fail siasatan telah dibuka untuk tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 27 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sekat Akses Untuk Elak Penularan Fitnah, Maklumat Tidak Tepat - MCMC

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Pantau, Sekat Video Sebar Ajaran Sesat Di Media Sosial

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Laman Web Pra-Jualan Tiket Coldplay Tak Dapat Diakses

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan