web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekat Akses Untuk Elak Penularan Fitnah, Maklumat Tidak Tepat - MCMC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 8:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap beberapa saluran media adalah bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat (UKK) MCMC berkata, ia bukan bertujuan menyekat kebebasan media, sebaliknya mahu mengelakkan penularan sebarang fitnah atau maklumat yang kurang tepat.

Menurut beliau, MCMC sebagai badan kawal selia untuk industri komunikasi dan multimedia di Malaysia bertindak mengikut peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Antara Matlamat Dasar Kebangsaan MCMC ialah untuk memberikan perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada kandungan dalam talian yang memudaratkan.

“Ia meliputi maklumat kurang tepat dan ucapan berbaur kebencian, serta melindungi integriti Raja Berperlembagaan dan institusi demokrasi dengan penghormatan daripada sebarang percubaan untuk mencetuskan kebencian atau penghinaan,” katanya lewat malam tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan terbuka oleh Reporters Without Borders (RSF) bertajuk RSF denounces arbitrary suspension of news websites critical of the government.

RSF dalam satu kenyataan terdahulu, menggesa Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menghentikan tindakan menyekat saluran dan portal berita atas talian, seperti yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi TV Pertiwi, Mohd Firdaus Salleh Hudin membuat laporan polis baru-baru ini selepas laman web dan akaun TikTok mereka disekat - gambar Youtube TV Pertiwi
Ketua Pegawai Operasi TV Pertiwi, Mohd Firdaus Salleh Hudin membuat laporan polis baru-baru ini selepas laman web dan akaun TikTok mereka disekat - gambar Youtube TV Pertiwi

Dakwa RSF, tindakan berkenaan akan memberi nama dan imej buruk ke atas sistem demokrasi Malaysia.

Menyangkal kenyataan RSF itu, jurucakap UKK MCMC menegaskan, antara tanggungjawab utama MCMC ialah mencegah penyalahgunaan platform dalam talian, yang melanggar peruntukan undang-undang negara.

“Dengan peningkatan penyebaran maklumat dalam talian, terdapat peningkatan dalam pelaporan yang tidak bertanggungjawab dan tidak tepat.

“Beberapa saluran berita didapati dengan sengaja menyebarkan maklumat mengelirukan ataupun menerbitkan kandungan tidak tepat, yang boleh mengancam keharmonian masyarakat,” katanya.

Beliau memberi ingatan, MCMC dalam menangani isu seupama ini mempunyai autoriti dan kewajipan untuk mengambil tindakan kawal selia terhadap penyebaran maklumat palsu, kandungan jelik dan mengancam.

“Suruhanjaya adalah terbuka untuk berdialog dan sering mengadakan sesi libat urus dengan editor kanan dan wartawan untuk menangani kebimbangan serta isu-isu berkaitan dengan kebebasan bersuara.

“MCMC berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak media bagi memerangi peningkatan maklumat kurang tepat dan palsu yang berniat jahat,” katanya. - Getaran, 2 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'