web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Nelayan Pala'uh Guna Bom Ikan Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 4:49PM

Suspek terjun ke laut dan cuba mealrikan diri. - Gambar dari polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Usaha dua lelaki berketurunan Pala‘uh terjun ke laut bagi mengelak ditahan pihak berkuasa, sia-sia selepas mereka berjaya ditahan di perairan Sungai Merah, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, suspek yang berusia 17 dan 33 tahun nekad terjun ke laut dan cuba melarikan diri selepas dipercayai terbabit dengan aktiviti pengeboman ikan di situ.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat awam berhubung tindakan suspek.

“Hasil pemantauan, anggota bertugas berjaya menemui suspek yang menaiki sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik menyedari kehadiran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kedua-dua lelaki itu bertindak terjun ke laut dan meninggalkan bot pam mereka, namun gagal,” katanya kepada media, hari ini.

Hasil pemeriksaan ke atas bot, APMM berjaya menemui 15 kilogram pelbagai jenis ikan.

Menurut Muhaimin, pemeriksaan lanjut mendapati semua ikan itu hancur di bahagian perut, dipercayai akibat terkena bom ikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985,” katanya.

Dalam operasi berasingan APMM berjaya merampas 187 karton rokok kretek seludup kira-kira 0.3 batu nautika selatan di perairan Kampung Puyut, jam 3.15 petang semalam.

Menurut Muhaimin, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek yang sedang menaiki sebuat bot bertindak memecut ke arah daratan sebelum melarikan diri.

“Pemeriksaan ke atas bot berjaya menemui bungkusan rokok kretek tidak bercukai, dipercayai cuba diseludup masuk dari Filipina ke pasaran di sekitar Lahad Datu.

“APMM merampas semua rokok, enjin dan bot dianggarkan bernilai hampir RM40,000,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana kesalahan menyeludup,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Disyaki Lindungi Kegiatan Haram Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia