web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkasa Ekonomi Bumiputera: Jangan Buat Keputusan ‘Berat Sebelah’, Tengok Realiti - MTEM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 8:00PM

Pendekatan diambil Rafizi agar pembangunan ekonomi dikaji semula, bukanlah pendekatan baharu berikutan pihaknya sudah mendesak perkara itu kira-kira 10 tahun lalu, sehingga membawa kepada penubuhan Keberkesanan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli lebih adil dan bersikap ‘menyeluruh’ dalam membuat keputusan berhubung agenda pembangunan ekonomi Bumiputera yang tidak diperangkap naratif sempit serta berat sebelah. 

Felo Kanan MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata, kerajaan seharusnya memberi tumpuan penuh terhadap isu Bumiputera dengan memperbaharui mandat Majlis Kemakmuran Bumiputera.

Katanya, mandat itu mesti diwakili pemegang taruh daripada setiap cabang kepentingan sosio politik-ekonomi, warisan dan agama. 

Beliau berkata, pendekatan diambil Rafizi agar pembangunan ekonomi dikaji semula, bukanlah pendekatan baharu berikutan pihaknya sudah mendesak perkara itu kira-kira 10 tahun lalu, sehingga membawa kepada penubuhan Keberkesanan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Menurutnya, MTEM memahami kerisauan masyarakat Bumiputera, khususnya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi apabila agenda pembangunan ekonomi golongan itu gagal diperincikan sama ada dalam Bajet 2023, mahupun dalam dokumen Malaysia Madani.

Ahmad Yazid Othman - Gambar fail
Ahmad Yazid Othman - Gambar fail

“Bertambah buruk, keculasan agensi kerajaan untuk berunding dengan pemegang taruh hal-ehwal sosio ekonomi Melayu, tetapi boleh pula memberi ruang seluasnya kepada kumpulan lain.

“Kerajaan semakin cuak menyebut agenda Bumiputera, barangkali bimbang terpalit sama dengan keghairahan mengaitkan pembangunan ekonomi kaum itu dengan amalan rasuah yang katanya sedang diperangi habis-habisan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini

Terdahulu, Rafizi memaklumkan peranan TERAJU dalam mengendalikan agenda Bumiputera, akan diteliti semula berikutan dana disediakan kerajaan tidak disalurkan sepenuhnya kepada golongan sasar.

Jelasnya, organisasi berkenaan dan agenda Bumiputera sentiasa mendapat perhatian kerajaan, di mana sebanyak RM135 juta diperuntukkan untuk syarikat ini bagi tahun 2023.

Dalam pada itu, Ahmad Yazid mencadangkan, sebelum sesuatu keputusan dibuat, Kementerian Ekonomi perlu melihat kepada realiti secara terperinci, berbanding terlalu bergantung kepada nombor atau analisa.

“Bagaimana keadaan sebenar mereka di bandar, desa atau tahap pendidikan, jenis pekerjaan, tahap kesihatan fizikal, fiskal, mental dan spiritual, nilai tabungan dan pelaburan serta perlindungan insuran. Jika mereka dalam kalangan peniaga, bagaimana tahap literasi kewangan serta desakan untuk berniaga.

“Bantuan selain kewangan boleh diberikan bagi menambah nilai, di samping penggunaan teknologi untuk meningkatkan produktiviti. Apa sektor ketinggalan sedang dikuasai kaum lain, perlukan lonjakan agar dapat kembali bersaing secara sihat? 

“Buat golongan pekerja yang majoritinya Melayu, bagaimana memastikan mereka ditawarkan gaji bermaruah serta membanteras amalan diskriminasi dalam sektor swasta tertentu,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Yazid berkata, MTEM mendesak kerajaan mengetepikan terlebih dahulu perbezaan politik dalam menyusun semula dasar Bumiputera. 

Jelasnya, pelbagai pihak sudah muak dengan sesi libat urus, makmal dan kongres yang bertujuan mencari formula terbaik memajukan Bumiputera, susulan ia sering terkandas oleh permainan politik, sehingga pelbagai dasar afirmatif golongan itu terpaksa dirombak sepenuhnya, sekiranya kerajaan bertukar.

“MTEM mencadangkan TERAJU untuk turut memfokuskan kepada dua kunci utama memacu ekonomi Bumiputera, iaitu pembayaran gaji bermaruah dan pembangunan rantaian bekalan yang lebih adil dan saksama dalam semua sektor. 

“Jika diberikan mandat berterusan, sedikit masa dan dengan peruntukan munasabah, TERAJU mampu mendukung cita-cita Malaysia Madani dengan syarat badan induk itu dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan, gabungan bukan kerajaan (NGO) serta sektor korporat dengan lebih erat lagi dan diletak di bawah punca kuasa lebih inklusif,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Yazid memaklumkan, kerajaan akan dilihat seolah-olah ‘pilih kasih’ sekiranya tiada program pecutan dilaksanakan kepada Bumiputera, selain tidak terbuka menerima hakikat bahawa jurang ekonomi negara dalam keadaan parah.

Tegasnya, kerajaan seperti ‘teraba-raba’ mencari formula terbaik menangani jurang antara kaum walaupun sudah ada kerangka khusus dilaksanakan bagi menangani perbezaan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, gender serta miskin bandar dan desa.

“MTEM berharap agar isi kandungan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 serta Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 tidak terus dibakul sampahkan, tetapi dimantapkan dan diperhalusi lagi dengan sasaran lebih tuntas dengan semangat reformasi.

“Namun, jika semuanya perlu penjenamaan semula atau pembaharuan dalam kerangka MADANI, kita alu-alukan kerana sememangnya ada beberapa perlu diteruskan, dibuat penambahbaikan segera demi kemakmuran ekonomi orang Melayu dan Bumiputera,” katanya. - Getaran, 21 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia