web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Zahirkan Komitmen Dalam Pengurusan Air Pada Persidangan Air PBB 2023

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 10:26PM

Penyertaan Malaysia menerusi persidangan itu juga bertujuan memastikan kesinambungan agenda air peringkat pelbagai hala dalam forum lain seperti High-level Political Forum for Sustainable Development (HLPF). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyertai Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat yang berlangsung bermula semalam hingga 24 Mac. 

Jurucakap Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya membawa bersama komitmen negara dalam pengurusan air. 

Menurutnya, kerajaan juga akan melaksanakan tindakan adaptasi dan mengetengahkan daya tahan sektor air, khususnya dalam menangani isu banjir.

"Malaysia menyahut gesaan PBB dalam Dekad Tindakan Air 2018 hingga 2028 dengan penyertaan delegasi Malaysia ke persidangan tersebut. 

"Persidangan Air PBB 2023 merupakan platform tertinggi di peringkat dunia berhubung air dan akan menetapkan hala tuju serta keutamaan dunia untuk meningkatkan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 6 berkaitan Air Bersih dan Sanitasi. 

"Kebanyakan anggota PBB menyertai persidangan itu bagi menyatakan pendirian dalam mesyuarat plenari dan lima dialog interaktif meliputi lima (5) tema penting iaitu Air untuk Kesihatan; Air untuk Pembangunan; Air untuk Iklim; Ketahanan dan Alam Sekitar; Air untuk Kerjasama dan Dekad Tindakan Air," katanya, hari ini. 

Jurucakap NREC itu berkata, penyertaan Malaysia menerusi persidangan itu juga bertujuan memastikan kesinambungan agenda air peringkat pelbagai hala dalam forum lain seperti High-level Political Forum for Sustainable Development (HLPF). 

Jelasnya, program itu yang akan diadakan di New York, Amerika Syarikat dari 10 hingga 19 Julai depan turut disertai Malaysia.

Delegasi negara juga katanya, akan mengambil bahagian pada Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja PBB (COP28) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Nik Nazmi turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau dari United Kingdom, Bangladesh, Singapura, Arab Saudi dan Republik Korea Selatan bagi meningkatkan kerjasama, khususnya dalam bidang pengurusan air menerusi perkongsian pintar dan kerjasama strategik. 

"Selain itu, pertemuaan turut diadakan bersama UN Habitat dan Persatuan Air Antarabangsa, selain mengambil bahagian dengan menganjurkan forum bersama Alliance for Global Water Adaptation dan Aither bertajuk The Urgent Case for Action: Setting up the Water Agenda for Resilience, semalam di ECOSOC Chamber, Ibu Pejabat PBB," katanya. 

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, Nik Nazmi berkata, Malaysia menyambut baik usaha PBB bagi membincangkan isu air global secara serius. 

"Krisis perubahan iklim adalah krisis air. Air adalah penghubung kepada tindakan yang digariskan dalam kerangka PBB dan penyertaan negara. 

"Itu akan memastikan hubungkait antara air dengan tindakan perubahan iklim, alam sekitar, daya tahan, kesihatan, sosioekonomi dan agenda pembangunan negara diberi perhatian," katanya. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Gesa Tingkat Kerjasama  Global Holistik Berasas Kemanusiaan 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia