web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SWM Environment Anjak Jadual Perkhidmatan Sempena Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 6:31PM

Mohd Norlisam (dua dari kiri) ketika sidang media Strategi Operasi SWM Environment Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Johor Bahru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jadual perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri akan dianjakkan oleh SWM Environment Sdn Bhd bermula Sabtu ini hingga 15 Mei nanti.

Ia bagi memenuhi keperluan orang ramai dan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, seramai 4,586 anggota kerja SWM Environment dengan sokongan sebanyak 907 jentera pelbagai kegunaan yang dimiliki di negeri ini sudah diarahkan bersiap sedia untuk melaksanakan strategi operasi berkenaan. 

Katanya, ia termasuk memberi tumpuan khusus di kawasan dipenuhi umat Islam, pusat bandar dan kawasan berprotokol tinggi.

"Strategi operasi berbeza akan dilaksanakan bagi perkhidmatan pembersihan awam seperti menyapu jalan yang bakal beroperasi seperti biasa, manakala kerja pemotongan rumput serta pembersihan longkang pula dijadualkan selama dua hari, iaitu pada 13 dan 14 Mei.

“Semua perkhidmatan SWM Environment akan kembali beroperasi seperti biasa pada 16 Mei nanti," katanya di sidang media Strategi Operasi SWM Environment Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bersama Rakan Media Johor di sini, semalam. 

Turut hadir Pengarah SWCorp Negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin; Pengurus Operasi Wilayah Johor Selatan, Tam Leong Fon dan Pengurus Operasi Wilayah Johor Utara, Khaw Su Aun. 

Tambah beliau, Tapak Pelupusan Sanitari Seelong (TPSS) dan saluran komunikasi awam SWM Environment termasuk Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 dan Talian WhatsApp SWM Environment di nombor 012-618 0082 jakan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh perlaksanaan Strategi Operasi Hari Raya berkenaan. 

Mohd Norlisam berkata, orang ramai yang sedang dan bakal membuat persiapan hari raya diminta untuk melaksanakan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan memanfaatkan perkhidmatan Kutipan +1 berjadual seminggu sekali bagi melupuskan sisa pukal, sisa kebun serta barangan kitar semula.

"Orang ramai juga berpeluang mengumpul mata ganjaran daripada barangan kitar semula terkumpul dengan menggunakan aplikasi KITARecycle melalui laman web atau aplikasi mudah alih," jelasnya. 

Pada masa sama, beliau juga meminta kerjasama orang ramai untuk meraikan perayaan tahun ini dengan menerapkan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) melalui pengurangan janaan sisa terutama sisa makanan, mengamalkan penggunaan bekas makanan dan beg guna semula, selain melaksanakan amalan kitar semula sepanjang Aidilfitri bagi mengurangkan penghantaran sisa ke tapak pelupusan. – Getaran, 6 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Elak Dicekup Imigresen, Wanita Warga Asing Tekad Terjun Bangunan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Lakukan Pelbagai Kesalahan, 567 Warga Asing Ditahan Di Bangsar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia