web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lakukan Pelbagai Kesalahan, 567 Warga Asing Ditahan Di Bangsar

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 9:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menahan 567 warga asing atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dalam operasi di sebuah pangsapuri di Abdullah Hukum, Bangsar, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpu,r Syamsul Badrin Mohshin berkata operasi berlangsung kira-kira tiga jam bermula 1.15 pagi hasil risikan selama seminggu pihaknya susulan aduan daripada penduduk berhubung kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan.

"Seramai 1,000 warga asing diperiksa dalam operasi itu, dan 567 pendatang tanpa izin yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh 252 orang, Nepal (163), Myanmar (75), Indonesia (72), Filipina (empat) dan India (satu).

"Pendatang tanpa izin berumur satu hingga 55 tahun yang ditahan itu dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, dan disiasat mengikuti Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada pemberita selepas operasi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pendatang tanpa izin terbabit mendiami rumah dalam bilangan penghuni lapan hingga 10 orang setiap premis, dengan kadar sewaan bermula RM1,000 sebulan, dan mereka dipercayai bekerja sekitar pangsapuri itu yang terletak berhampiran dengan beberapa pusat membeli-belah ternama.

Syamsul Badrin berkata operasi yang disertai 85 pegawai dan anggota Imigresen bagi memeriksa pangsapuri 14 tingkat itu turut berdepan cabaran apabila ada warga asing yang cuba melarikan diri dengan terjun dari bangunan dan enggan membuka pintu sehingga memaksa anggota Imigresen untuk memecahkan pintu rumah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki