web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Charles Santiago Kembali Terajui SPAN Selepas Dipecat Pada 2020

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Mar 2023 6:13PM

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelantikan Charles Santiago terpakai untuk penggal 2023 hingga 2025 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Perkara itu diumumkan hari ini oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkata pelantikannya terpakai untuk penggal 2023 hingga 2025.

Nik Nazmi juga berkata, beliau berharap kepimpinan baharu SPAN akan membantu suruhanjaya itu melaksanakan inisiatif Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040).

“Saya percaya barisan kepimpinan ini mampu memacu SPAN untuk terus kekal menjadi sebuah organisasi yang progresif, proaktif dan disegani dalam mengawal selia perkhidmatan air di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang kepakaran masing-masing.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada barisan anggota suruhanjaya terdahulu yang sudah menjalankan tugas mereka dengan berdedikasi,” katanya dalam kenyataan.

Charles dilantik semula menerajui SPAN selepas pemecatannya daripada jawatan itu pada 10 April 2020 susulan insiden Langkah Sheraton.

Pada masa itu, Charles yang pertama kali dilantik sebagai pengerusi SPAN pada November 2018, mendakwa beliau ditamatkan perkhidmatan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air ketika itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sambil menambah kesemua pesuruhjaya dipecat daripada jawatan mereka.

Selepas itu, kerusi beliau digantikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli (PAS).

Pada September tahun lalu, Charles menggesa SPAN memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pertikaian antara Pulau Pinang dan Kedah mengenai hak mereka untuk mendapatkan air yang datang dari kawasan Ulu Muda dan mengalir melalui sempadannya sendiri.

Beliau berkata, suruhanjaya itu perlu bertindak balas dengan menunjukkan kepimpinan penting dalam isu tersebut.

Katanya lagi, pertikaian itu mengancam untuk menjejaskan ekonomi negeri jiran jika tiada penyelesaian yang sewajarnya disediakan bagi tempoh jangka masa panjang.

Charles menambah, pelabur meninggalkan kedua-dua negeri jika keperluan asas seperti kuasa dan air tidak dikendalikan dengan baik, terutama untuk keperluan sektor pembuatan. – The Vibes, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

92 Projek Pembangunan Baharu Di Kelantan Tahun Ini - Nik Nazmi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

4

Semasa 11 bulan yang lalu

7 Empangan Berisiko Timbulkan Masalah Sumber Air Kepada LRA - SPAN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi