web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 8:06PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Sungai Jinjang, hari ini. gambar FB JPS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu atau pihak yang didapati melakukan kesalahan membuang sampah ke dalam sungai.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu dibuat bagi menimbulkan rasa gerun kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tersebut kerana ia adalah perkara serius sehingga menyebabkan berlakunya banjir dan pencemaran alam sekitar.

"Kita boleh naik taraf (infrastruktur) sungai dengan berbelanja besar tapi kalau soal bagaimana kita kendalikan sampah itu tidak dapat diatasi, bukan sahaja di peringkat pihak berkuasa tapi juga di peringkat individu atau peniaga, maka kita tidak akan betul-betul mengatasi masalah ini.

"Kita akan bincang soal untuk meningkatkan denda. Ada beberapa akta yang kita sedang dalam proses pinda denda tersebut...," katanya kepada pemberita selepas meninjau pengurusan sampah di sekitar Sungai Jinjang berhampiran Pasar Harian Selayang di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Nik Nazmi juga berkata, sejumlah RM8.2 juta dibelanjakan bagi dua negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur untuk tujuan penyelenggaraan sampah di dalam sungai bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM166,320 dibelanjakan untuk kerja penyelenggaraan sampah di struktur benteng balak di Kolam Takungan Banjir Jinjang dan RM150,000 setahun bagi penyelenggaraan sampah Anak Sungai Udang.

Beliau berkata, terdapat dua sungai utama yang melalui Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Selayang iaitu Sungai Jinjang dan Anak Sungai Udang.

"Baru-baru ini, saya pergi ke Kolam Takungan Banjir Jinjang... saya lihat antara masalah utama adalah kemasukan sampah dan kos besar yang ditanggung oleh Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membersihkan kolam itu dua kali seminggu.

"Kita harapkan kalau kita dapat kurangkan masalah ini maka kita dapat kurangkan kos penyelenggaraan dan wang itu dapat dibelanjakan untuk tujuan lain bagi meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi masalah banjir," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

4

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan