web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 9:57PM

Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan serta pertimbangan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berhubung siasatan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 24 Februari itu serta pertimbangan Ketua Hakim Negara, bahawa tiada elemen kepentingan awam dalam siasatan terhadap Mohd Nazlan.

“SPRM ialah badan bebas dan berhak melakukan penyiasatan ke atas mana-mana pihak.

“Sementara itu, kaedah yang ditetapkan bagi badan kehakiman adalah dengan merujuk kepada kod etika hakim, sekiranya mempunyai asas kukuh,” katanya kepada Bernama selepas program Ihya Ramadan di Masjid Putra di sini hari ini.

Pada 24 Februari lepas, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan memutuskan, bahawa siasatan oleh SPRM terhadap Mohd Nazlan dilakukan tanpa mengambil kira aspek berkaitan kebebasan kehakiman, dan tidak mengikut protokol.

Semasa menyampaikan keputusan mahkamah berhubung permohonan oleh tiga peguam yang merujuk dua persoalanan perlembagaan yang berkaitan dengan siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan, Tengku Maimun berkata cara penyiasatan dijalankan ke atas Mohd Nazlan dengan menghebahkannya melalui kenyataan akhbar, kelihatan tidak menjaga soal keyakinan terhadap kebebasan badan kehakiman.

Mohd Nazlan ialah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan denda RM210 juta atas tujuh pertuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia