web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


APMM Gagalkan Cubaan Bawa Masuk PATI Di Tanjung Bulat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 8:57PM

Bot terbabit berjaya ditahan APMM kira-kira jam 5 pagi tadi, hasil maklumat orang awam. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Lima lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan pihak berkuasa ketika cuba memasuki perairan negara secara haram menggunakan sebuah bot gentian kaca di perairan Tanjung Bulat, Johor, awal pagi tadi. 

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, bot terbabit berjaya ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) kira-kira jam 5 pagi tadi, hasil maklumat orang awam.

“Pemeriksaan ke atas bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran tersebut mendapati ia menggunakan enjin jenis Yamaha 40 kuasa kuda. 

"Pada masa sama, kita turut menahan lima lelaki warga Indonesia berumur antara 23 hingga 53 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Najib berkata, kesemua PATI dan bot tersebut kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 (Akta 155). 

Tambahnya, ia turut diteliti menerusi Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, iaitu cubaan keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan dan menjalankan aktiviti penyeludupan migran.

"Jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM 250 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. 

Dalam pada itu, Mohd Najib berkata, APMM akan sentiasa bersiap siaga dalam meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

"Tindakan itu bagi membanteras aktiviti penyeludupan migran yang menggunakan laluan laut sebagai jalan masuk dan keluar, terutamanya menjelang musim perayaan yang bakal tiba.

"Orang ramai khasnya komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat mengenai jenayah atau kemalangan dilaut sila laporkan segera di talian 07 – 8916591 Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili," katanya. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia