web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketatkan Proses Rawatan, Saring Dahulu PATI, Warga Asing - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Mar 2023 7:00AM

Kerajaan perlu bersikap adil serta bersederhana, dan tidak bersifat menghukum pekerj asing atau PATI dalam mendapatkan rawatan perubatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengenakan caj percuma kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mempunyai risiko kesihatan seperti penyakit tibi dan perlu menjalani rawatan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ia perlu dilakukan, khususnya kepada warga asing yang bekerja di Malaysia agar sumber pendapatan negara mampu ditingkatkan.

Menurut beliau, kerajaan perlu bersikap adil serta bersederhana, dan tidak bersifat menghukum pekerj asing atau PATI dalam mendapatkan rawatan perubatan.

Hishamuddin Hashim - Gambar fail
Hishamuddin Hashim - Gambar fail

“Saya tidak setuju kalau semua warga asing diberikan caj perubatan percuma kerana ada antara mereka berkemampuan serta memiliki pekerjaan. Mereka ini sudah tentu dibayar gaji minima di Malaysia iaitu RM1,500 yang dilihat mampu menampung kos rawatan tibi, apatah lagi ia bukanlah mahal. 

“Bagi mereka yang kurang berkemampuan boleh diberikan secara percuma namun perlu menjalani saringan serta penelitian tertentu yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi tujuan kemanusian. Takkan kita nak biarkan orang sakit, tidak menerima rawatan hanya kerana mereka warga asing atau PATI,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas saranan diberikan seorang pakar sosial, agar kerajaan tidak memberikan rawatan percuma kepada PATI yang mempunyai risiko kesihatan termasuk tibi.

Pakar sosial berkenaan, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dipetik sebagai berkata, wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan lain yang memanfaatkan rakyat.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, rakyat Malaysia juga berisiko dan terdedah untuk menghidapi pelbagai penyakit, khususnya tibi sekiranya rawatan perubatan tidak diberikan kepada warga asing mahupun PATI.

“Dari sudut keselamatan kesihatan negara, kalau kita biarkan, ia akan berjangkit kepada warganegara dan akan menyebabkan kos untuk menguruskan rakyat pula nanti akan meningkat akibat penyakit diterima daripada warga asing.

“Bukankah lebih bagus daripada peringkat awal, ubati mereka yang sakit dengan mengenakan caj kepada warga asing berkemampuan. Suka atau tidak, mereka kena ikut susulan sudah menetap di Malaysia,” katanya.

Jelas beliau,  semua rawatan kesihatan termasuk ke atas warga asing perlu ditangani secara holistik, menyamai kaedah yang digunakan ketika pemberian vaksin COVID-19.

Katanya, objektif pemberian vaksin COVID-19 adalah bagi mengurangkan jangkitan virus berbahaya itu, dan mekanisme sama boleh diguna pakai ke atas rawatan tibi tersebut.

“Kalau krisis ekonomi (berlaku), kerajaan boleh pilih berdasarkan kumpulan mana yang mahu mereka bantu namun (dalam) isu kesihatan, kalau kita pilih hanya untuk selesaikan permasalahan kesihatan rakyat dengan mengabaikan hak warga asing serta PATI, saya bimbang penyakit berjangkit itu akan merebak dengan lebih rancak.

“Boleh laksana perkara sama cuma kita juga tidak mahu PATI ini mengambil kesempatan sehingga perkara itu menjadi beban kepada kerajaan. Jadi, ambil jalan tengah dengan kenakan caj bagi mereka yang bekerja dan individu tidak berkemampuan. Berikan ia secara percuma (tapi) dengan tapisan terperinci oleh kerajaan atas faktor kemanusian serta keselamatan rakyat,” katanya.

Dr Zainal Ariffin Omar - Gambar fail
Dr Zainal Ariffin Omar - Gambar fail

Sementara itu, pakar kesihatan awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, tidak wajar untuk kerajaan enggan memberikan sebarang rawatan kepada warga asing, khususnya PATI kerana bimbang penyakit itu akan semakin meningkat di kalangan warganegara Malaysia.

Menurut beliau, berdasarkan peraturan antarbangsa yang turut dipratikkan di Malaysia, penyakit berjangkit perlu diberi rawatan atas dasar kemanusiaan

“Namun, perlu ada sistem dengan mengenakan caj bayaran kerana kalau warga asing yang bekerja di negara kita, sudah pastinya mereka mempunyai insurans atau PATI. Perlu berikan rawatan sebelum dipulangkan kembali kepada pihak berkuasa. 

“Itu peraturan dan etika antarabangsa, memang kita perlu rawat sesiapa sahaja namun kos itu boleh dicari oleh kerajaan dengan pelbagai kaedah,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Zainal menyeru agar pihak berkuasa lebih tegas dalam mengawal kemasukan PATI berikutan pertambahan kadar penyakit berjangkit yang direkodkan majoritinya berpunca dari kalangan golongan terbabit. 

Katanya, bilangan penyakit seperti tibi yang kini menunjukkan peningkatan ketara , dikhuatiri akan menular kepada rakyat tempatan sekiranya tidak dibendung.

“Bagi yang masuk secara sah, perlu ketatkan pemeriksaan kesihatan dan bagi PATI, saring kesihatan mereka secara terperinci sebelum dihantar pulang ke negara asal. Saya lihat dalam dua tiga tahun ini (kes penyakit tibi) nampak tinggi.

“Dahulunya kita berjaya kawal penyakit itu disebabkan adanya suntikan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) kepada kanak-kanak serta rawatan khusus, namun sekarang ini ada ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka disuntik dan ada juga kemasukan ramai orang luar, khususnya pendatang asing ke Malaysia sehingga menyebabkan peningkatan semula,” katanya. - Getaran, 30 Mac 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia