web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


25,000 Kilogram Dada Ayam Diragui Status Halal Dirampas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 7:05PM

MAQIS Pulau Pinang menyita kira-kira 25 tan dada ayam sejuk beku yang dibawa masuk dari Thailand, berikutan tidak menunjukkan maklumat sijil halal dengan jelas - Gambar dari MAQIS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyita kira-kira 25 tan dada ayam sejuk beku yang dibawa masuk dari Thailand, berikutan tidak menunjukkan maklumat sijil halal dengan jelas.

Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, rampasan itu dibuat selepas pihaknya melaksanakan operasi di pintu masuk Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Sabtu lalu. 

MAQIS Pulau Pinang merampas konsainan dada ayam segar sejuk beku tanpa tulang bernilai RM240,000 dari Thailand di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kerana maklumat sijil halal tidak jelas.
MAQIS Pulau Pinang merampas konsainan dada ayam segar sejuk beku tanpa tulang bernilai RM240,000 dari Thailand di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kerana maklumat sijil halal tidak jelas.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati dada ayam sejuk beku seberat 25,000 kilogram (kg) itu tidak mematuhi syarat permit import ditetapkan.

“Konsainan bernilai RM240,000 dari Thailand itu juga didapati tidak menyatakan maklumat sijil halal dengan jelas.

“Susulan itu, kita menyita kesemua dada ayam sejuk beku tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Muhammad Ikram berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. 

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun. 

“Atau boleh dihukum kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama,” katanya. - Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia