web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


88.8 Peratus Penunggang P-Hailing Guna Telefon Bimbit Ketika Dalam Perjalanan – Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 11:58AM

Tinjauan tingkah laku dijalankan ke atas penunggang p-hailing mendapati 88.8 peratus responden mengaku menaip atau menyemak status pesanan pada telefon mereka semasa dalam perjalanan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir 90 peratus penunggang penghantaran makanan dan bungkusan mengaku menggunakan telefon bimbit semasa menghantar pesanan itu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, ia berdasarkan tinjauan tingkah laku dijalankan ke atas penunggang p-hailing yang mendapati 88.8 peratus responden, mengaku menaip atau menyemak status pesanan pada telefon mereka semasa dalam perjalanan.

“Tingkah laku ini meningkatkan risiko kemalangan, disebabkan gangguan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Bagaimanapun, Loke tidak menyebut berapa ramai responden yang mengambil bahagian dalam kajian itu, siapa pihak yang bertanggungjawab menjalankan tinjauan terbabit atau bila ia dijalankan.

Katanya, dalam satu kajian berasingan terhadap tingkah laku penunggang p-hailing di sekitar Kuala Lumpur turut mendapati, bilangan individu sama ada memegang telefon atau menggunakan pemegang gajet itu ketika menunggang, meningkat kepada 36.9 peratus tahun lalu, iaitu lebih tinggi berbanding 2020.

Loke berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Seri S Vell Paari yang ingin mengetahui langkah diambil Kementerian Pengangkutan untuk melindungi tahap keselamatan penunggang p-hailing yang menggunakan peranti mudah alih mereka untuk membuat penghantaran.

Senator itu juga mempersoalkan sama ada kementerian berkenaan sudah memulakan sebarang perbincangan dengan mana-mana penyedia teknologi untuk menangani isu terbabit.

Loke berkata, memandangkan penggunaan telefon bimbit semasa membuat penghantaran adalah perkara biasa, kementeriannya sudah mengambil langkah menerapkan elemen pengurusan risiko kepada penunggang melalui latihan advokasi dan keselamatan.

“Ini bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai keselamatan jalan raya, di mana satu daripada aspek keselamatan dititikberatkan ialah penggunaan telefon bimbit,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata, kerajaan kini mengawal selia industri p-hailing di Malaysia dengan meminda beberapa undang-undang sedia ada.

Pindaan akan dibuat kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Tiga rang undang-undang pindaan itu diluluskan di Dewan Rakyat semalam dan akan dibawa ke Dewan Negara sebelum diwartakan.

Pada masa sama, Loke berkata apabila ia diluluskan, Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Perlesenan dan Peraturan) khusus untuk P-Hailing akan dikeluarkan dan mesti dipatuhi semua pihak terbabit dalam perkhidmatan itu.

Semalam di Dewan Rakyat, Loke ketika menjawab soalan seorang Ahli Parlimen semasa perbahasan mengenai pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat berkata, terdapat 1,242 kemalangan membabitkan penunggang penghantaran makanan dari 2018 hingga Mei 2022 dan daripada jumlah itu, 112 maut, 82 cedera parah dan 1,048 cedera ringan.

Pada Jun tahun lalu, Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Zulhelmi Mansor dilaporkan berkata, kira-kira tiga hingga empat kemalangan dilaporkan setiap minggu dalam kalangan penunggang p-hailing di seluruh negara. – The Vibes, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

2 bulan yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang