web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nenek Tunai Amanah Jaga Cucu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 3:00PM

Seorang buruh binaan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 April, bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya dengan tukul besi di Bukit Besi dekat sini, pagi semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Bekas ibu mentua kepada Allahyarham Rubiah Sabtu yang dipercayai dibunuh suaminya semalam, akan menunaikan amanat arwah untuk menjaga cucu-cucunya.

Wan Zaini Wan Abdullah, 60, berkata walaupun arwah dan anak lelakinya, Mohd Radzi Aziz, 38, sudah berpisah empat tahun lepas, hubungan antara mereka sangat baik dan selalu berhubung untuk bertanya khabar.

Malah katanya setiap kali menelefon, arwah selalu berpesan supaya dia mengambil dan menjaga anak-anaknya sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini terhadap dirinya.

"Arwah mempunyai enam anak hasil perkahwinan selama 15 tahun dengan anak lelaki saya dan seorang bayi perempuan dengan suami baharu.

"Anak sulung arwah berusia 18 tahun dan yang paling kecil baru berusia tiga bulan," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi dekat sini, hari ini.

Wan Zaini berkata dua anak arwah sudah berada dalam jagaannya sebelum ini manakala empat lagi tinggal bersama arwah ibunya.

"Selepas ini mak cik akan bawa dua lagi anak arwah tinggal bersama kami di Tangga Batu, Melaka. Dua lagi buat sementara ini akan tinggal dengan bapa mereka sehingga keadaan kembali reda," katanya.

Sementara itu anak kedua arwah, Muhammad Danish Hakim Mohd Radzi, 15, berkata dia reda dengan pemergian ibunya walaupun kematiannya secara tiba-tiba.

Katanya, kejadian itu memang tidak dijangka kerana hubungan antara arwah ibu dengan bapa tirinya sebelum ini baik-baik sahaja.

"Kali terakhir saya jumpa ibu pagi semalam sebelum pergi sekolah dan saya bersalam seperti biasa. Tetapi tengah hari semalam ayah datang ke sekolah dengan tergesa-gesa dan beritahu ibu sudah tiada," katanya.

Rubiah, 41, meninggal dunia dipercayai akibat dipukul dengan tukul besi oleh suaminya di kediaman mereka di Kampung Besol, Bukit Besi kira-kira 8 pagi semalam, selepas berlaku perselisihan faham antara mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia