web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masyarakat Orang Asli Johor Berjuang Kekalkan Tanah, Cara Hidup

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Apr 2023 10:21AM

Penduduk kampung di Kg Orang Asli Sg Temon tinggal di sepanjang Selat Johor dan bergantung hidup kepada laut. Bagaimanapun, projek tebus guna tanah baru-baru ini telah menjejaskan kerja penduduk kampung - Gambar oleh Arjun Mohanakrishnan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU – Selepas menyelesaikan pertikaian tanah selama 10 tahun awal tahun ini, masyarakat Seletar Kg Orang Asli Sg Temon bimbang dengan tindakan mengklasifikasikan penempatan Orang Asli sebagai “tanah kesultanan”.

Walaupun kerajaan negeri sudah menjelaskan bahawa status yang dicadangkan itu bukan bermaksud ia milik peribadi Sultan, ahli lembaga Persatuan Nelayan Johor Selatan yang juga salah seorang penduduk kampung, Tony Anak Dana berkata, masyarakat di kampung berkenaan sentiasa berjuang untuk mengekalkan cara kehidupan mereka.

Pada 2013, selepas kerajaan Johor memberi hak milik tanah mereka kepada pemaju Node Dua Sdn Bhd, penduduk Kg Orang Asli Sg Temon memfailkan saman yang mencapai penyelesaian pada Januari tahun ini, selepas pertikaian itu dibawa ke mahkamah tinggi.

Menurut penyelesaian tersebut, penduduk kampung akan dipindahkan ke kawasan sejauh 90 minit pemanduan ke Kg Orang Asli Pasir Salam di Ulu Tiram dan akan menerima pampasan RM6,500 daripada kerajaan Johor.

Tony Anak Dana berkata, masyarakat di kampung berkenaan sentiasa berjuang untuk mengekalkan cara kehidupan mereka - Gambar oleh Arjun Mohanakrishnan
Tony Anak Dana berkata, masyarakat di kampung berkenaan sentiasa berjuang untuk mengekalkan cara kehidupan mereka - Gambar oleh Arjun Mohanakrishnan

Selain itu, penempatan baharu itu akan terletak di sepanjang Sg Johor yang mungkin menjadi persekitaran baharu bagi komuniti pelaut Seletar di kampung berkenaan.

Bagaimanapun, Tony berkata, tidak semua penduduk kampung terbabit berpuas hati dengan syarat penempatan tersebut, sambil menambah penduduk kampung mahu kekal di kawasan itu.

“Kami tidak berpuas hati dengan keputusan itu, tetapi apa yang boleh kami lakukan?

“Kampung baharu itu agak jauh, 90 minit perjalanan,” katanya.

Tony berkata, penduduk kampung tidak berpuas hati dan menzahirkan kebimbangan terhadap keputusan untuk menetapkan tanah Orang Asli sebagai "tanah kesultanan."

Beliau berkata, sentimen ini dikongsi dalam kalangan semua masyarakat Orang Asli dan bukannya penduduk Kg Orang Asli Sg Temon sahaja.

“Keputusan untuk meletakkan tanah kami di bawah Sultan Johor dibuat atas dasar tanah kami tidak akan disalahgunakan,” katanya.

Kami tidak berpuas hati dengan keputusan itu, tetapi apa yang boleh kami lakukan?

Pada 16 Mac lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa kerajaan negeri mengklasifikasikan semua penempatan Orang Asli di negeri itu sebagai tanah kesultanan, bagi mengelak ia disalahgunakan.

Walaupun Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelaskan klasifikasi semula itu tidak bermakna Sultan Johor akan memiliki tanah tersebut, Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Johor, Dolah Tekoi membantah idea tersebut.

Beliau berkata, penempatan Orang Asli tidak sepatutnya diletakkan di bawah perlindungan Sultan, memandangkan terdapat undang-undang untuk digunapakai seperti Akta Orang Asli 1954 dan Kanun Tanah Negara.

Kira-kira 400 meter dari Kg Orang Asli Sg Temon terletak timbunan pasir besar yang difahamkan sebagai sebahagian daripada projek tebus guna tanah - Gambar Google Earth
Kira-kira 400 meter dari Kg Orang Asli Sg Temon terletak timbunan pasir besar yang difahamkan sebagai sebahagian daripada projek tebus guna tanah - Gambar Google Earth

 

Bukan hanya tanah, kami juga ada masalah di laut

Penduduk kampung di Kg Orang Asli Sg Temon tinggal di sepanjang Selat Johor dan bergantung hidup kepada laut.

Kebanyakan penduduk bekerja sebagai nelayan, mengendalikan "kelong" (platform) kupang, atau menyewa tanah kepada orang luar yang mengendalikan restoran makanan laut.

Bagaimanapun, projek tebus guna tanah baru-baru ini telah menjejaskan kerja penduduk kampung.

Kebanyakan penduduk bekerja sebagai nelayan, mengendalikan "kelong" (platform) kupang, atau menyewa tanah kepada orang luar yang mengendalikan restoran makanan laut - Gambar oleh Arjun Mohanakrishnan
Kebanyakan penduduk bekerja sebagai nelayan, mengendalikan "kelong" (platform) kupang, atau menyewa tanah kepada orang luar yang mengendalikan restoran makanan laut - Gambar oleh Arjun Mohanakrishnan

Malah, kira-kira 400 meter dari Kg Orang Asli Sg Temon terletak timbunan pasir besar yang difahamkan sebagai sebahagian daripada projek tebus guna tanah.

Tony enggan mendedahkan nama pemaju berkenaan tetapi menjelaskan bahawa projek seperti itu menjejaskan keuntungan bagi nelayan menangkap ikan sebanyak 80 peratus.

Bagaimanapun, Tony memaklumkan pemaju memberikan pampasan kepada nelayan, tetapi menyifatkan jumlah yang diterima hanya sebagai "hadiah saguhati."

“Disebabkan projek tebus guna tanah di sini, hasil tangkapan kami dari laut berkurangan sebanyak 20 peratus.

“Kami memang menerima pampasan daripada pemaju, tetapi setiap nelayan menerima lebih kurang RM1,000.

“Itu belum cukup sebagai pampasan, ia hanya hadiah saguhati,” katanya. - The Vibes, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia