web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Sedang Rangka Strategi Perkukuh Keterjaminan Makanan - Fadillah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 8:39PM

Fadillah (dua,kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Agihan Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak dan Liansin 2023 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan dalam usaha merangka beberapa strategi untuk memperkukuh keterjaminan makanan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata pihaknya serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang diterajui Datuk Seri Mohamad Sabu, bertanggungjawab di peringkat teknikal bagi menilai serta memberi input berkaitan isu pertanian sebelum ia dibentang di peringkat Kabinet.

“Kita akan melihat kepada keseluruhan rantai nilai ... maknanya kita kena melihat kepada kualiti benih dan input pertanian, baja, baka, makanan haiwan dan sebagainya … dari situ juga, kita akan selaras dengan semua kementerian termasuk kementerian saya kerana ia juga melibatkan sektor perladangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak Liansin di sini hari ini.

Beliau berkata strategi keterjaminan makanan secara keseluruhannya akan memberi penyelesaian kepada teknologi yang sesuai dalam memastikan Malaysia mempunyai bekalan mencukupi dan mampu dimiliki rakyat.

Terdahulu, Fadillah mengagihkan 2,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai sempena program anjuran Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dan Liansin Trading Sdn Bhd itu.

Mengulas pertemuannya baru-baru ini dengan Ketua Whip Pembangkang Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, beliau berkata ia merupakan perjumpaan awal untuk memberi ruang kepada blok itu membuat tawaran bagi menjalin kerjasama dengan kerajaan.

“Mereka perlu buat tawaran kepada kita secara black and white dan dari situ nanti, apabila kita sudah terima tawaran itu, kerajaan akan tubuhkan pasukan untuk kita berunding dengan mereka.

“Kita akan lihat apa skop kerjasama yang boleh dilakukan antara kedua-dua pihak seperti yang berlaku dalam kerajaan terdahulu iaitu ada tandatangan MoU (Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan), jadi ada terma dan syaratnya,” katanya.

Fadillah berkata tiada tarikh akhir ditetapkan untuk pihak pembangkang mengemukakan tawaran jalinan kerjasama itu dan kerajaan terbuka bagi sebarang rundingan sekiranya kedua-dua blok tidak mencapai kata sepakat.

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat berkata Ahli Parlimen pembangkang perlu berbincang dengan Fadillah yang ditugaskan mengetuai pasukan untuk menguruskan isu peruntukan kepada mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

4

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah