web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Capaian Internet Lebih Baik Di Luar Bandar Menjelang 2025

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 8:12AM

Pelaksanaan jendela akan memastikan rakyat Malaysia mendapat akses internet yang lebih baik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Jalinan Digital Negara (Jendela), yang dijangka selesai menjelang 2025, akan memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet dengan ketersambungan dan liputan digital yang lebih baik.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata menjelang 2025, rakyat di kawasan terpencil sekurang-kurangnya akan mendapat akses kepada Internet manakala mereka yang berada di luar bandar dijangka menikmati rangkaian mudah alih 4G dan akses Internet. 

“Impak (di kawasan berbeza) mungkin tidak sama namun poin utamanya ialah semua orang akan mendapat akses kepada Internet,” katanya ketika menjadi tetamu program Bernama TV iaitu ‘The Nation’ hari ini.

Beliau berkata bagi tahun ini, MCMC menyasarkan untuk memasang sambungan gentian di kira-kira 1.2 juta sambungan premis dan kediaman.

Katanya agensi itu turut melancarkan liputan 4G di 1,661 lokasi bukan komersial di luar bandar dan 937 lokasi lain dalam kawasan komersial di seluruh negara.

Kerajaan telah mengumumkan pembentukan Jendela pada Ogos tahun lepas bagi menambah baik ketersambungan digital negara dan menetapkan asas negara bagi teknologi 5G.

Dasar ini akan menjadi sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-12 yang akan bermula dari tahun 2021 hingga 2025. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah