web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majikan Larang Kakitangan Kuarantin Kendiri Boleh Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 May 2021 4:53PM

Dr Adham Baba - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Majikan yang tidak membenarkan kakitangan menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian COVID-19 boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata kakitangan sekiranya positif perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari manakala yang negatif pula disarankan melaksanakan pengasingan secara sukarela.

“Jika didapati ada majikan tidak benarkan kuarantin, ada peruntukan di bawah Akta 342 yang boleh mengenakan penalti terhadap mereka.

“Tindakan boleh diambil jika majikan tidak membenarkan pekerja mereka sama ada disyaki, berkemungkinan atau sedang diuji menjalani kuarantin kendiri sehingga keputusan diperoleh,” katanya pada sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin di sini hari ini.

Beliau berkata amaran dibuat berikutan peningkatan kluster jangkitan COVID-19 berkaitan tempat kerja yang menunjukkan trend peningkatan kebelakangan ini, apabila mencatatkan 44 kluster dari 2 hingga 8 Mei berbanding 24 kluster pada tempoh 25 April hingga 1 Mei.

Menurutnya, situasi membimbangkan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 83.3 peratus bagi tempoh tersebut.

Dr Adham berkata trend peningkatan kes kematian akibat COVID-19 dikesan dalam masa enam minggu iaitu sejak 21 hingga 27 Mac iaitu 22 kes; diikuti masing-masing 35 kes pada dari 28 Mac hingga 3 April dan dari 4 hingga 10 April; 49 kes dari 11 hingga 17 April; 56 kes dari 18 hingga 24 April dan 95 kes  dari 25 April hingga 1 Mei.

Sebanyak 1,657 kumulatif kes kematian direkodkan dengan kadar 0.38 peratus pada Sabtu lepas, katanya.

Dr Adham berkata  individu yang melakukan ujian saringan RT-PCR COVID-19 sehingga 8 Mei lepas adalah seramai 9.98 juta orang.

Menurutnya, sebanyak 498,193 ujian dijalankan dari 2 hingga 8 Mei berbanding 480,688 ujian dari 25 April hingga 1 Mei, dan kadar individu yang dikesan positif dari 2 hingga 8 Mei adalah 5.1 peratus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia