web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sokongan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Amat Positif - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 7:11PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Mood’ serta sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mentadbir negara ini amat positif, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan berkata beberapa dapatan kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan sentimen yang baik dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak boleh leka dan dibuai mimpi walaupun rakyat menyokong usaha kerajaan ketika ini.

“… ini waktu kita untuk kerja keras bukan sahaja untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga segera selesaikan masalah rakyat.

“Dapatan Jabatan Perangkaan terhadap tahap peningkatan inflasi juga berkurangan kepada 3.4 peratus, ini bermaksud ikhtiar kerajaan berjaya kawal peningkatan harga barang… tetapi banyak lagi yang perlu kita lakukan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di sini hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis itu.

Turut hadir Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Fahmi berkata gabungan kerajaan sedang merangka strategi yang sesuai khususnya untuk mendekati pengundi muda.

“Kita perlu rangka strategi mengikut tempat agar kita dapat sampaikan mesej kepada mereka… kita faham setiap kumpulan ada strategi komunikasi yang berbeza,” katanya.

Dilaporkan enam negeri itu iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia