web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DBKL Perlu Perkasakan Unit Cerun Dengan Pakar Atasi Isu Hakisan, Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 3:28PM

Hannah Yeoh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dicadang supaya memperkasakan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran bagi memastikan Unit Cerun dilengkapi dengan tenaga pakar dalam menangani isu hakisan dan tanah runtuh dengan lebih berkesan.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh turut meminta DBKL memastikan laporan dan aduan mengenai kejadian hakisan tanah diteliti secara serius.

Beliau berkata ini penting berdasarkan trend tahun lepas di kawasan Parlimen Segambut yang mengalami banyak insiden tanah runtuh.

“Saya sudah meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur (Datuk Kamarulzaman Mat Salleh) untuk memperkasa Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL yang jaga kes tanah runtuh kerana kejadian atau kes  banyak dilaporkan … sumber tenaga manusia mungkin tidak cukup untuk membantu mengendalikan kejadian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata banyak kawasan berbukit di sekitar Parlimen Segambut dan Lembah Pantai  dipercayai menjadi punca kes kejadian runtuhan tanah.

“Saya difahamkan terdapat lebih 100 kes kejadian tanah runtuh dilaporkan di sekitar Parlimen Segambut.

“Saya juga difahamkan kita memang memerlukan lebih banyak pakar cerun untuk membantu unit kejuruteraan cerun di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata kejadian insiden tanah runtuh ini bukan berskala besar dan DBKL telah mengambil tindakan.

Selain itu, siasatan forensik sedang dijalankan dan kerjasama agensi berkaitan insiden berkenaan sangat baik, katanya.

Semalam, Bernama melaporkan MACA telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan 45 individu susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya pada kira-kira 1.30 tengah hari.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), individu terbabit terdiri daripada 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters termasuk keluarga pegawai telah selamat dipindahkan dari bangunan MACA ke kawasan selamat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang