web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Bawa Keluar 2 Rakyat Malaysia Di Sudan Jika Keadaan Memerlukan - Zambry

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 May 2023 11:36AM

Zambry Abd Kadir - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membawa pulang dua rakyat Malaysia yang sedang menyertai misi United Nations Interim Security Force for Abyei (UNISFA) di wilayah Abyei, Sudan sekiranya keadaan memerlukan.

Menteri Luar, Dr Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini individu terbabit, iaitu Mejar Zazalina Ghazali dan Leftenan Komander Naadifarin Che Kamaruddin dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

“Setakat ini wilayah Abyei tidak terjejas teruk oleh pertempuran di Sudan.

“Jika keadaan memerlukan, proses membawa keluar kedua-kedua rakyat Malaysia ini akan dikendalikan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pertempuran di antara tentera Sudanese Armed Forces (SAF) dengan pasukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus sejak 15 April dilaporkan masih berterusan dan sengit.

Katanya, gencatan senjata sudah diusulkan pelbagai pihak, termasuk PBB, Kesatuan Afrika (AU), kuasa besar, seperti Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi masih gagal.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Sudan, ujarnya, 528 orang terbunuh, manakala 4,599 orang tercedera akibat konflik terbabit.

Jelasnya, hampir kesemua negara asing sudah menjalankan proses evakuasi staf kedutaan dan rakyat mereka keluar dari Sudan.

Antara negara itu, katanya, adalah AS, Arab Saudi, Qatar, Jepun, Perancis, India, United Kingdom, China, Mesir, Jordon dan Iran.

“(Seperti dilaporkan media) Usaha kerajaan Malaysia juga berjaya membawa balik rakyat ke tanah air pada 28 April 2023 menerusi penerbangan Saudi Airlines (SV834).

“Ini termasuk seorang warga Filipina (pembantu rumah), seorang warga Thailand (PETRONAS) dan seorang warga Palestin (bapa kepada empat orang rakyat Malaysia),” katanya.

Selain itu, Zambry berkata, pada 30 April lalu, pihak Wisma Putra menerima maklumat mengenai tiga orang rakyat Malaysia, iaitu seorang ibu dan dua orang anaknya serta suami warganegara Sudan terperangkap serta tinggal di wilayah Al Gaza.

Ujarnya, maklumat itu diterima melalui Facebook Messenger Kedutaan Malaysia di Sudan.

Keluarga itu, katanya, tidak pernah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan.

“Bagaimanapun, usaha membawa mereka keluar dari Sudan sedang diusahakan Taskforce Ops Sudan.

“Pada ketika ini, ketiga-tiga orang rakyat Malaysia serta suami warganegara Sudan sedang dalam perjalanan menuju ke Port Sudan dan dijangka tiba di Port Sudan hari ini,” katanya.

Zambry berkata, Kementerian Luar melalui Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dan Duta Besar Malaysia ke Sudan, sedang memohon bantuan kerajaan Arab Saudi serta Kedutaan Besar Pakistan di Sudan, supaya mereka dapat menaiki kapal untuk keluar dari Port Sudan ke Jeddah dalam masa terdekat.

“Insyaallah kita sama-sama doakan usaha ini dipermudahkan dan mereka akan selamat tiba di tanah air nanti,” katanya. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam 2 Insiden Di Jepun

4

Semasa 9 bulan yang lalu

77 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Bagi Kesalahan Dadah - Bukit Aman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka