web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TM Keluar Notis Penamatan Berhubung Perolehan SSA Ke Atas Kepentingan Dalam DNB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 8:41PM

Penamatan SSA itu dijangka tidak memberi kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan gearan Kumpulan TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengeluarkan notis penamatan kepada Digital Nasional Bhd (DNB), berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan terma perjanjian langganan saham (SSA) untuk melanggan 20 peratus kepentingan ekuiti dalam DNB. 

Ini berikutan tarikh lanjutan untuk memenuhi semua syarat duluan (CP) di bawah SSA telah luput, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Penamatan SSA itu dijangka tidak memberi kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan gearan Kumpulan TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. 

"Pelanggan TM akan terus menikmati perkhidmatan dan penyelesaian 5G kerana perjanjian akses borong 5G dengan DNB kekal utuh," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, TM sedang menantikan proses serta perbincangan seterusnya dengan kerajaan termasuk industri mengenai penyertaan 5G merentasi Fasa 1 (ke arah 80 peratus liputan perkhidmatan oleh DNB) dan Fasa 2 (peralihan kepada dua rangkaian) seperti yang diumumkan pada 3 Mei lepas. 

"TM komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan 5G, memanfaatkan infrastruktur fiber di seluruh negara, platform digital yang luas (pusat data, nod tepi) dan pengalaman pelancaran.

"Kami komited untuk membentuk Malaysia Digital melalui teknologi yang memperkasakan komuniti, perniagaan dan kerajaan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

DNB, CSM Bawah Kementerian Digital - Fahmi

2

Semasa 8 bulan yang lalu

TM Perkenal Pakej Jalur Lebar Unifi Baharu Serendah RM99 Bagi 100mbps

3

Semasa 1 tahun yang lalu

5G: Syarikat Telekomunikasi Bakal Umum Berita Gembira Hujung Bulan Ini - Fahmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rangkaian 5G DNB Akan Terus Digunakan Meskipun Negara Beralih Kepada Dwirangkaian 5G - Fahmi

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 17 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Politik 21 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Semasa 13 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan