web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


DNB, CSM Bawah Kementerian Digital - Fahmi

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 9:45PM

Fahmi Fadzil - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan Digital Nasional Bhd (DNB) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) diletakkan di bawah Kementerian Digital, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.

Turut diletakkan di bawah Kementerian Digital ialah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kekal bersama Kementerian Komunikasi.

"Sebelum ini Cybersecurity diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), tetapi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) setuju bahawa aspek korporat dan kerja-kerja berkaitan swasta sesuai di bawah Kementerian Digital," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata MIMOS Bhd yang berada di bawah JPM akan dikembalikan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Bagaimanapun katanya fungsi Digital ID yang dipelopori MIMOS melalui inisiatif Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) kekal sementara waktu di JPM, dan selepas dilaksanakan sepenuhnya bermula Mac ini, sistem itu akan dikelola Kementerian Digital.

Bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang sebelum ini di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), ia akan diletakkan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) akan kekal dengan Kementerian Sumber Asli dan
Kelestarian Alam.

Perpindahan agensi-agensi itu adalah susulan rombakan Kabinet pada 12 Disember lepas.

Fahmi berkata Perdana Menteri turut bersetuju untuk membincangkan semula kedudukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Beliau berkata perbincangan akan diadakan selepas Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mendapat maklum balas daripada orang ramai dan pihak berkepentingan.

Pada 23 Disember lepas, Anwar mengumumkan MITRA akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.

MITRA pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai MITRA pada 2018. la diletakkan di bawah KPN namun pada September 2022 ia dipindahkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 17 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

oleh Diyana Nawwar